Harian Metro

JERAT GADIS SUNTI

> Beberapa lelaki berusia 20-an dikesan giat memperdaya gadis remaja untuk mengikuti mereka dan memaksa menghisap syabu sehingga tidak sedarkan diri sebelum ‘menjual’ mangsa untuk dijadikan pelacur. Kegiatan terbabit terbongkar apabila seorang mangsa beru

- Syazwan Msar news@nstp.com.my

Sasaran mereka adalah gadis bermasalah termasuk yang lari dari rumah dan suka berpelesir­an sebelum mangsa dipaksa menghisap syabu sehingga tidak sedarkan diri serta akan ‘dijual’ untuk dijadikan pelacur.

Itu kegiatan beberapa lelaki berusia 20-an dan gadis yang diperangka­p mereka dikurung di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini yang turut menjadi port aktiviti pelacuran.

Kegiatan sindiket itu terbongkar apabila seorang daripada mangsa berusia 13 tahun membuat laporan polis selepas melarikan diri daripada kurungan di hotel itu.

Menurut sumber polis, mangsa ke hotel berkenaan bagi mencari seorang rakannya yang hilang dipercayai melarikan diri dari rumah.

“Mangsa mendapat panggilan daripada rakannya itu bahawa dia bersembuny­i di hotel berkenaan namun hakikatnya dia dikurung individu tidak dikenali.

“Sebaik tiba di hotel itu, mangsa ditahan seorang lelaki yang mendakwa rakannya ada berhutang sebelum meminta gadis itu menunggu di sebuah bilik di hotel,” katanya.

Menurutnya, di dalam bilik berkenaan, mangsa terkejut apabila mendapati sekurang-kurangnya 12 gadis belasan tahun dikawal ketat dua lelaki bagi mengelakka­n mereka melarikan diri.

“Mangsa dipaksa mengikut seorang lelaki dengan menaiki motosikal ke sebuah hotel lain di kawasan berkenaan sebelum terus memasuki bilik. “Mangsa dipaksa menghisap syabu sehingga tidak sedarkan diri dan beberapa jam kemudian dia menyedari sudah tidak berpakaian,” katanya.

Sumber berkata, derita mangsa berterusan apabila dipaksa sekali lagi menghisap syabu sehingga tidak sedarkan diri sebelum dirogol lelaki lain yang dipercayai membayar kepada kumpulan suspek untuk mendapatka­n khidmat seks.

“Sebaik mangsa selesai ‘melayan’ lelaki terbabit, dia dibawa ke hotel tempat dia dikurung bersama gadis lain sebagai persediaan jika mendapat tempahan untuk perkhidmat­an seks.

“Penderitaa­n dan ketakutan dialami mangsa berakhir selepas beberapa jam dia dikurung di bilik hotel berkenaan apabila beberapa individu dipercayai kenalan antara gadis yang dikurung merempuh pintu sebelum menyelamat­kan mereka,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa bersama beberapa gadis yang dikurung membuat laporan di Balai Polis Jalan Bandar, di sini.

“Mengikut maklumat awal, kebanyakan gadis yang dikurung adalah mereka yang melarikan diri dari rumah atau suka merayau di sekitar bandar raya ini sebelum diperdaya kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah mengesahka­n laporan berkenaan dan kes dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia