Harian Metro

Terang hati berkat hafaz kitab suci

-

Pelabuhan Klang: “Syukur Alhamdulil­lah apabila pelajar kita mampu menguasai tafsir al-Quran dalam bahasa Mandarin. Ini perkara membanggak­an,” kata Ustaz Mohammad Ibrahim, 50, yang lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Mad China.

Pengasas merangkap Pengarah Akademi Tahfiz Mandarin (ATM) itu berkata, mungkin dengan keberkatan mempelajar­i untuk menguasai ilmu dan menghafaz al-Quran, pelajar jadi mudah serta terang hati untuk pantas memahami pengajaran Mandarin.

Menurutnya, dalam tempoh hanya kira-kira setahun beroperasi sejak Januari tahun lalu, kebanyakan pelajar sudah menghafaz lapan juzuk al-Quran.

Beliau berkata, memang menjadi sebahagian matlamat ATM untuk melahirkan pelajar yang bukan sekadar boleh menghafal al-Quran malah menguasai bahasa Mandarin yang menjadi bahasa rasmi kaum Tionghoa di dunia.

Menurutnya, dalam tempoh lebih setahun beroperasi sejak Januari tahun lalu, kebanyakan pelajar sudah menghafaz lapan juzuk al-Quran.

“Baru-baru ini, kami dijemput Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia dan diminta mengalunka­n al-Quran sebagaiman­a yang dihafal selain membaca tafsir bahasa Mandarin.

“Alhamdulil­lah, pelajar kita boleh melakukann­ya dengan baik dan ini perkembang­an positif,” katanya.

Beliau yang pernah menetap enam tahun dan belajar di Kolej Bahasa dan Budaya Cina, Universiti Jinan, Guangzhou, China itu berkata, tahun ini pihaknya menyasarka­n pelajar turut menguasai tafsir al-Quran dan ilmu fekah dalam bahasa Mandarin.

Menurutnya, bahan ilmiah untuk tujuan berkenaan sememangny­a sudah diterbitka­n badan berkenaan termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.

“Buat masa ini, kami ada 34 pelajar dan 24 daripadany­a boleh menguasai bahasa Mandarin mudah malah sudah berani bercakap dan mengalunka­n nasyid dalam bahasa itu.

“Tahun ini sasarannya kita akan terapkan kepada pelajar mengenai asas Islam dalam bahasa Mandarin termasuk tafsir, hadis dan fekah,” katanya.

Menurutnya, ATM masih membuka peluang kepada ibu bapa atau keluarga yang berminat menghantar pelajar ke situ.

Orang ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut boleh melayari Facebook atau Instagram ATM selain laman sesawang www.akademitah­fizmandari­n.com.

“Kami juga turut mengalu-alukan jika ada pihak mahu memberi sumbangan infaq bulanan untuk menampung kos operasi kira-kira

RM20,000 sebulan,” katanya.

 ?? Muhammad Adam Danish Zulkifli ?? Saya suka al-Quran dan belajar bahasa Mandarin. Saya bercita-cita menjadi doktor dan pendakwah”
Muhammad Adam Danish Zulkifli Saya suka al-Quran dan belajar bahasa Mandarin. Saya bercita-cita menjadi doktor dan pendakwah”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia