Harian Metro

Adzrin hidap kanser ovari tahap dua

-

Kuala Lumpur: Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar reda dengan keadaan kesihatann­ya selepas disahkan menghidap kanser ovari tahap dua sejak tiga tahun lalu.

Adzrin, 33, berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan membuang ovari kanan apabila mengandung anak kembar luar rahim pada 2008.

“Saya reda dan pasrah dengan ketentuan Allah. Memang terkejut apabila disahkan menghidap kanser. Namun, apa kuasa dan daya saya untuk melawan takdir Allah.

“Sejak itu, saya sentiasa bersedia dengan segala kemungkina­n. Dalam masa sama, doktor juga sentiasa memberikan harapan yang saya akan sembuh.

“Walaupun dikatakan peluang untuk sembuh agak tipis, tetapi saya tetap positif. Saya menjalani kehidupan seperti biasa dan mengikut jadual rawatan yang sudah ditetapkan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Adzrin yang juga anak kepada bekas Ketua Cawangan Umno Bahagian Cheras, Datuk Adzhar Sulaiman berjuang sebagai pesakit kanser banyak dugaan yang perlu ditempuh terutama membabitka­n emosi.

Disebabkan itu, seboleh-bolehnya Adzrin tidak mahu dirinya berada dalam tekanan sehingga membuatkan dia lemah.

“Saya bukan saja berjuang untuk melawan sakit, tetapi perlu menghindar­kan diri daripada sebarang tekanan. Tidak dinafikan ada ketika emosi terganggu, jadi saya perlu pandai kawal.

“Disebabkan itu, pesakit kanser seperti saya sangat memerlukan sokongan moral semua pihak.

Walaupun berasa sakit tetap saya perlu ceria. Saya tidak mahu sakit ini mengganggu kehidupan seharian,” katanya.

Adzrin yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Vokasional Gombak berkata, dia pernah menggunaka­n tongkat ketika pergi mengajar.

“Saya tak nak terlalu manjakan diri dan tunjuk kesedihan depan orang lain. Walaupun sakit, saya tetap lawan dan teruskan aktiviti seharian,” katanya.

 ??  ?? PENYANYI Adzrin bersama dua anaknya.
PENYANYI Adzrin bersama dua anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia