Harian Metro

Lima petani ditimbus tanah runtuh

-

Jakarta: Sekurang-kurangnya lima petani terbunuh dan 15 lagi masih hilang selepas tanah runtuh melanda kawasan sawah padi yang terletak di lereng bukit di sebuah kampung di Jawa Tengah semalam.

Tanah runtuh yang membawa lumpur dan batu itu berlaku pada jam 8 pagi (waktu tempatan) dan menimbus sekumpulan petani mengusahak­an sawah mereka di daerah Brebes.

“Tanah runtuh ini menimbus petani yang bekerja di sawah mereka,” kata jurucakap badan pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Seramai 14 lagi petani mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan berhampira­n untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, pasukan penyelamat yang terdiri daripada askar, polis dan sukarelawa­n menggali timbunan tanah untuk mencari mangsa yang masih hidup.

Operasi mencari itu berjalan perlahan kerana pasukan penyelamat masih belum dapat menggunaka­n jentera berat untuk mengalihka­n timbunan tanah dan batu besar.

“Pasukan kami masih belum tiba. Dua jentolak dalam perjalanan ke lokasi tetapi mengalami kesukaran kerana banyak jalan terputus akibat tanah runtuh,” kata pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional, Noer Isrodin.

Pihak berkuasa juga mengarahka­n penduduk yang tinggal berhampira­n lereng bukit itu meninggalk­an kediaman mereka sehingga keadaan disahkan selamat.

Kejadian tanah runtuh sering berlaku di Indonesia terutama sekali ketika musim hujan dan pembalakan memburukka­n lagi bencana berkenaan.

 ?? - Reuters ?? SEDUTAN video menunjukka­n lokasi tanah runtuh yang menyebabka­n lima maut dan 15 lagi hilang di daerah Brebes.
- Reuters SEDUTAN video menunjukka­n lokasi tanah runtuh yang menyebabka­n lima maut dan 15 lagi hilang di daerah Brebes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia