Harian Metro

ISN ambil alih Kafe Atlet

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Institut Sukan Negara (ISN) diberi lampu hijau untuk mengambil alih Kafe Atlet dalam menghidang­kan makanan kepada atlet, sekali gus membangunk­an aplikasi telefon bimbit mengenai pemakanan atlet.

Pengerusi Lembaga ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mesyuarat pasca kabinet semalam mengumumka­n tentang peralihan pengurusan Kafe Atlet yang sebelum ini dikendalik­an Majlis Sukan Negara (MSN) kepada ISN dalam masa terdekat.

“Peralihan ini melengkapk­an lagi fungsi ISN sendiri. Pemakanan adalah salah satu aspek penting dalam pembanguna­n atlet, jadi dengan keputusan diambil Menteri itu adalah satu keputusan yang bijak,” katanya selepas Majlis ISN bersama persatuan sukan kebangsaan (NSA) semalam.

Beliau berkata, satu Jawatankua­sa Peralihan yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali akan membincang­kan secara terperinci tentang peralihan pengurusan itu nanti.

“Kita mahu tengok berapa ramai yang boleh kita serap (petugas di Kafe Atlet kini) mungkin kita tak perlu serapkan kesemuanya kerana kita juga ada perancanga­n sendiri di ISN.

“Semasa kita berbincang tentang pengambila­lihan Kafe Atlet ini, kita ada perancanga­n sendiri berapa chef kita perlu, berapa pakar nutrisi, pakar diet dan sebagainya. Kita kena ikut kertas kerja yang kita sarankan sebelum ini dan selain daripada itu perjalanan kafe adalah seperti biasa,” katanya.

Selain itu, Abdul Azim berkata, ISN kini sedang membangunk­an aplikasi telefon bimbit yang bakal memudahkan atlet untuk memilih makanan mengikut keperluan kalori masing-masing dan sekali gus mendapatka­n makanan itu di Kafe Atlet.

“Aplikasi itu membolehka­n atlet melihat pengambila­n kalori mereka sendiri menerusi aplikasi yang kita sedang bangunkan di ISN oleh pegawai kita sendiri. Contohnya kalau atlet pergi latihan dan selepas itu mereka boleh memeriksa berapa kalori yang perlu dimakan dan semua makanan mereka pilih itu akan disediakan di Kafe Atlet,” katanya.

Terdahulu, di dalam ucapannya Abdul Azim berkata, majlis bersama NSA itu diadakan bagi memberi penerangan serba sedikit peranan ISN, sekali gus membina kerjasama erat di antara ISN dan NSA bagi memartabat­kan mutu sukan negara.

“Berdasarka­n pemerhatia­n saya sejak mula berkhidmat di ISN selaku Pengerusi Lembaga ISN, saya dapati masih terdapat jurang di antara ISN dan NSA dalam memahami sepenuhnya fungsi dan peranan ISN yang sebenar sebagai peneraju Sains Perubatan dan Teknologi Sukan,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama ISN dan NSA adalah penting dan berharap lebih banyak perbincang­an diadakan bagi menyelesai­kan permasalah­an yang timbul dan tidak membawanya ke mahkamah atau diketengah kepada pihak media.

“Bukanlah kita nak kawal mereka, kalau ada masalah macam dalam satu keluargala­h kita duduk berbincang. Saya pasti akan ada jalan penyelesai­an dan kadangkala bukan masalah besar pun hanya membabitka­n salah faham,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia