Harian Metro

‘Real makin OK’

- AFP

CRonaldo direhatkan ketika Real Madrid bangkit daripada ketinggala­n untuk menang 3-1 di Leganes, awal pagi semalam dan kembali ke kedudukan ketiga saingan La Liga.

Unai Bustinza meletakkan Leganes di depan dalam aksi di Butarque, untuk meningkatk­an harapan tuan rumah mencipta satu lagi kejayaan besar - hanya seminggu selepas menyingkir­kan Real daripada saingan Copa del Rey.

Bagaimanap­un, juara bertahan kelab Eropah itu menukar keputusan pertembung­an tetangga Madrid sebelum tamat babak pertama, dengan Lucas Vazquez dan Casemiro masing-masing menemui sasaran.

Sergio Ramos memastikan kemenangan dengan penalti lewat permainan, dan Real kini mengumpul 16 mata daripada keseluruha­n 18 dalam La Liga.

Masih ada jurang besar 14 mata di belakang pendahulu yang belum tewas Barcelona, namun mereka naik ke kedudukan ketiga di atas Valencia dan tujuh mata di belakang pencabar dari bandar

 Ronaldo direhatkan ketika pasukan itu benam Leganes

ristiano

(gambar)

raya sama, Atletico yang menghuni tangga kedua.

Dengan banyak perlawanan akan dihadapi pasukannya, jurulatih Zinedine Zidane merehatkan Ronaldo bagi saingan dijadualka­n semula itu, sebelum ini ditunda pada Disember kerana Real terbabit dalam Piala Dunia Kelab.

Dengan Toni Kroos, Luka Modric dan Marcelo semuanya cedera dan sedang pulih bagi saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, perlawanan kedua menentang Paris Saint-Germain dalam tempoh dua minggu, ini adalah peluang buat sebahagian pemain Real yang jarang bermain menunjukka­n aksi sebenar.

Theo Hernandez dan

Isco adalah sebahagian pemain yang memulakan permainan, namun Gareth Bale kembali ke bangku simpanan kerana sedang bergelut mencari prestasi sebenarnya.

 ??  ?? PEMAIN Real Madrid, Benzema (kanan) diasak pemain Leganes, Ruben Perez (tengah) pada perlawanan, semalam.
PEMAIN Real Madrid, Benzema (kanan) diasak pemain Leganes, Ruben Perez (tengah) pada perlawanan, semalam.
 ??  ?? RAMOS sempurnaka­n penalti Real.
RAMOS sempurnaka­n penalti Real.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia