Harian Metro

Kejutan percubaan pertama naim

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Hanya selepas dua minggu dimuat naik di YouTube, single pertama Naim

Daniel berjudul Sekali Lagi mencatat jumlah tontonan lebih sejuta.

Apa yang pasti, ia membuatkan Naim yang

juga pelakon gembira, apatah lagi pada masa sama dia perlu bersaing dengan ramai penyanyi baru.

Sejak dimuat naik pada 31 Januari lalu, hingga hari ini ia sudah mencatat tontonan hampir 1.3 juta.

Melihat penerimaan yang cukup memberangs­angkan itu, Naim benar-benar terkejut dan pada masa sama teruja apabila percubaan pertamanya itu diterima baik.

Naim berkata, pada minggu pertama dimuat naik di laman iTunes, ia berada di kedudukan kelima lagu dilanggan paling tinggi.

“Di YouTube pula, dalam tempoh seminggu ia muncul ‘trending’ kedua paling banyak,” katanya.

Pelakon filem Bisik Pada Langit ini berkata, dia dan syarikat rakamannya, World Peace Entertainm­ent tidak meletakkan harapan

tinggi promosi awal yang dilakukan itu kami sudah nampak impaknya. Cuma ia menjadi bertambah besar apabila klip video Sekali Lagi dimuat naik di YouTube,” katanya.

Naim yang mula mencipta nama sebagai pelakon pada usia kanak-kanak berkata, memandangk­an lagu Sekali Lagi menyelitka­n mesej baik membuatkan ramai yang memberikan perhatian.

“Klip video Sekali Lagi juga mempunyai tarikannya. Sebelum ini ramai yang menganggap lagu ini adalah kisah cinta yang ditujukan kepada kekasih.

“Bagaimanap­un, dalam klip video itu kita ada ‘twist’ plot apabila saya sebenarnya mahu memujuk ibu. Kebanyakan yang menontonny­a turut merasai apa yang cuba saya ketengahka­n dan mereka berkata klip video Sekali

Lagi segar serta sesuatu yang baru,” katanya.

Pada waktu sama kelainan ditonjolka­n itu juga membuatkan klip video itu menjadi hit di YouTube.

“Faktor lain ialah kerana kebanyakan lagu sekarang dilambakka­n dengan tema cinta dengan pasangan masing-masing. Bagaimanap­un, saya memaparkan tema cinta dan kasih sayang sesama ahli keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia