Harian Metro

PEMUZIK TONGGAK DAISH

- Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

Bekas gitaris Ukays jadi antara empat pemimpin kanan sebar propaganda

Polis sentiasa memantau kegiatan mereka dan kini mereka memberi fokus serangan di luar kawasan konflik Ayob Khan

Empat rakyat Malaysia kini bergelar pemimpin kanan kumpulan militan Daish. Dua daripada mereka adalah bekas gitaris kumpulan Ukays iaitu Akel Zainal dan bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) Mohd Rafi Udin.

Selain itu, dua lagi individu yang hanya dikenali sebagai Abu Gomez dan Abu Zar mempunyai peranan penting menyebarka­n propaganda dan meneruskan usaha pengkadera­n di Asia Tenggara.

Akel Zainal atau nama sebenarnya Wan Mohd

Aquil Wan Zainal Abidin, 39, menyertai gerakan militan Daish sejak tercetusny­a konflik di Syria beberapa tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengga­nas (E8) Cawangan Khas

Bukit Aman Datuk

Ayob Khan Mydin

Pitchay berkata, selepas kematian

Ketua

Militan

Malaysia berpangkal­an di Syria iaitu Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, Julai lalu, empat individu itu banyak menguruska­n pengkadera­n anggota baru.

“Mereka menyebarka­n propaganda termasuk dakyah ideologi radikal menerusi pelbagai platform termasuk bahan bacaan. “Kita semua tahu majalah propaganda Daish iaitu

Dabiq boleh dimuat turun menerusi capaian Internet dan medium itu digunakan untuk mempengaru­hi orang lain supaya menyertai perjuangan mereka.

“Selain itu, ideologi mereka disebarkan menerusi aplikasi telekomuni­kasi seperti Telegram. Berdasarka­n beberapa siri tangkapan diakukan juga membuktika­n aplikasi itu digunakan secara meluas,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Ayob Khan berkata, pergerakan mereka terbatas apabila ramai pemimpin utama Daish terkorban termasuk beberapa individu dari Indonesia.

“Individu penting membabitka­n rakyat Indonesia dalam pengkadera­n iaitu Bahrun Naim terkorban begitu juga Muhamad Wanndy.

“Biarpun kita tahu ancaman kumpulan militan ini semakin berkuranga­n, polis sentiasa memantau kegiatan mereka dan kini mereka memberi fokus serangan di luar kawasan konflik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia