Harian Metro

‘Si panjang tangan’ lagak saudara pengantin

-

Kuala Lumpur: Sasarkan majlis perkahwina­n untuk mencuri. Itu taktik dilakukan seorang wanita dikesan aktif mencuri barangan berharga dan wang tunai sewaktu majlis perkahwina­n berlangsun­g di sekitar Selangor.

Malah, suspek berusia 40-an terbabit cukup licik apabila menyamar sebagai kenalan dan saudara-mara bakal pengantin sewaktu menghadiri majlis terbabit bagi membolehka­n dia masuk ke dalam rumah keluarga mangsa.

Terbaru, suspek dikesan cuba melakukan kegiatan berkenaan di sebuah kediaman di Jalan Kota Raja, Klang, Sabtu lalu.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku sewaktu pemilik kediaman mengadakan majlis perkahwina­n anak perempuann­ya.

Katanya, ketika majlis berlangsun­g suspek disyaki menyamar sebagai anggota keluarga pengantin lelaki.

“Suspek mengambil peluang sewaktu pihak pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan untuk menyamar sebagai anggota keluarga.

“Dia berlakon seolah-olah mengenali keluarga pengantin dan menceroboh masuk ke dalam kediaman mangsa bagi mencuri barangan berharga.

“Bagaimanap­un, keluarga mangsa terselamat apabila abang pengantin terbabit mencurigai kehadiran wanita itu dan mendapati suspek cuba menceroboh masuk ke bilik di kediaman terbabit,” katanya.

Sumber berkata, suspek melarikan diri selepas mendapati penyamaran­nya disedari anggota keluarga pengantin.

Katanya, susulan kejadian, keluarga pengantin terbabit membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Klang Selatan, Klang.

“Mangsa menyerahka­n gambar wanita berkenaan kepada pihak polis bagi membantu pihak polis mengesan suspek.

“Siasatan mendapati suspek disyaki terbabit dalam beberapa kes kecurian menggunaka­n modus operandi sama sejak 2014.

“Pada tahun lalu, wanita sama juga dipercayai menyebabka­n pengantin di Shah Alam kerugian lebih RM70,000 apabila wang hantaran dan barangan berharga mereka dilarikan suspek.

“Siasatan sedang lakukan bagi mengesan suspek terbabit bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

 ??  ?? SUSPEK dikesan cuba menyamun barangan di satu majlis perkahwina­n di Jalan Kota Raja, Klang.
SUSPEK dikesan cuba menyamun barangan di satu majlis perkahwina­n di Jalan Kota Raja, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia