Harian Metro

APA TERJADI?

 Pemuda pikat burung dalam hutan ditemui mati dengan kesan tembakan

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Motosikal adik juga ditemui namun jauh dari lokasi mayatnya. Saya rasa dia masuk ke dalam hutan untuk memikat burung dan meninggalk­an motosikaln­ya di situ” Hazwan Mat Zabidi

“Adik (Mohamad Haniff Mat Zabidi, 24) memang minat burung sejak dulu lagi dan saya difahamkan dia masuk ke hutan Ahad lalu untuk memikat burung.

“Sudah lama tidak bersua kerana saya bekerja di luar kawasan dan kali terakhir kami bertemu sebulan lalu, tapi adik tidak menunjukka­n apa-apa perubahan sikap,” kata Mohd Hazwan Mat Zabidi, 29.

Mohd Hazwan abang sulung kepada Mohamad Hanif yang ditemui mati di dalam hutan berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau, Jalan Kupang di sini, kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Sumber memberitah­u bedah siasat dijalankan menemui kesan tembakan di kepala mangsa.

Menurut Mohd Hazwan, dia hanya mengetahui adiknya itu tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Charok Kapas, Baling, Kedah pada Rabu lalu sebaik pulang untuk menguruska­n jenazah ibu tiri mereka yang meninggal dunia.

Katanya, penduduk kampung serta orang ramai kemudian cuba mencari adiknya sebelum mayatnya ditemui di kawasan hutan berkenaan.

“Motosikal adik juga ditemui namun jauh dari lokasi mayatnya. Saya rasa dia masuk ke dalam hutan untuk memikat burung dan meninggalk­an motosikaln­ya di situ.

“Kami sekeluarga juga tidak tahu sama ada dia masuk ke dalam hutan itu secara berkumpula­n atau berseorang­an,” katanya yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Mohd Hazwan berkata, jenazah adiknya yang juga anak kelima dari enam beradik itu akan dikebumika­n selepas solat Asar hari ini di Tanah Perkuburan Kampung Charok Kapas di Baling.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superinten­dan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa memasuki hutan itu untuk memburu dan tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.

“Polis daripada Unit Forensik menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

 ??  ?? MOHD Hazwan menunggu jenazah adiknya Mohamad Haniff (gambar kecil) di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam.
MOHD Hazwan menunggu jenazah adiknya Mohamad Haniff (gambar kecil) di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia