Harian Metro

TAKTIK BIKIN DUIT

Warga Pakistan, Bangladesh daftar perniagaan atas nama isteri tempatan dikhuatiri bunuh peluang peniaga Bumiputera

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Mendaftark­an perniagaan menggunaka­n nama isteri, itulah taktik didakwa digunakan warga Pakistan dan Bangladesh yang mengusahak­an kedai menjual telefon bimbit serta komputer di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini.

Menerusi ikatan perkahwina­n, pasangan berkenaan secara automatik menjalanka­n perniagaan secara sah dengan isteri menjadi majikan manakala suami pula sebagai pekerja.

Selain taktik itu, ada dalam kalangan warga asing didakwa menggunaka­n konsep perkongsia­n dengan perniagaan didaftarka­n atas nama warga tempatan, manakala keuntungan dibahagika­n secara 60:40 peratus.

Difahamkan taktik berkenaan mula digunakan sejak lima tahun lalu dengan peniaga warga asing bebas menjalanka­n perniagaan di pusat jualan barangan elektronik dan gajet terbesar negara itu hingga menimbulka­n tanda tanya dalam kalangan pelancong asing. Tinjauan Harian Metro di pusat beli-belah itu mendapati, warga Pakistan dan Bangladesh turut menawarkan perkhidmat­an membaiki telefon bimbit.

Melihat kepada situasi berkenaan, kemungkina­n ada ratusan peniaga Pakistan dan Bangladesh menjalanka­n perniagaan di pusat beli-belah terbabit, malah jumlah itu dipercayai semakin meningkat.

Walaupun perniagaan dijalankan warga asing terbabit tidak mengganggu orang ramai namun jika dibiarkan dikhuatiri ia akan ‘membunuh’ peniaga tempatan dalam tempoh jangka panjang.

Antara yang terkesan adalah pengusaha kedai menjual barangan elektronik Azhim Rafli,32, kini bergelut untuk memastikan perniagaan­nya dapat bertahan berikutan jumlah pelanggan singgah ke premisnya semakin merosot.

“Saya memulakan perniagaan ini lima tahun lalu, tapi terpaksa bersaing dengan warga asing berkenaan dan kini mengharapk­an pelanggan tetap semata-mata.

“Apa berlaku sekarang macam sudah tak boleh dihalang, seperti tidak ada kawalan oleh pihak berkenaan hingga peniaga warga asing bebas berniaga di pusat beli-belah ini,” katanya.

Sementara itu peniaga telefon bimbit hanya mahu dikenali sebagai Amri berusia 25 tahun berkata, peluang untuk peniaga Bumiputera bertahan di pusat beli-belah berkenaan kini tipis kerana kebanjiran peniaga warga asing.

“Timbul juga perasaan curiga macam ada komplot dalam kalangan mereka yang dilihat enggan bekerjasam­a dengan peniaga tempatan. Mereka juga guna pelbagai cara untuk mengelakka­n perniagaan daripada diganggu pihak berkuasa,” katanya.

“Apa berlaku sekarang macam sudah tak boleh dihalang, seperti tidak ada kawalan oleh pihak berkenaan hingga peniaga warga asing bebas berniaga” Azhim

 ??  ?? PENIAGA warga asing tawar harga lebih murah demi merebut pelanggan daripada peniaga tempatan.
PENIAGA warga asing tawar harga lebih murah demi merebut pelanggan daripada peniaga tempatan.
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia