Harian Metro

Warga asing jual lebih murah

-

Kuala Lumpur: Harga barangan lebih mudah dan perkhidmat­an disediakan cepat menyebabka­n peniaga warga asing beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, menjadi pilihan pelanggan.

Peniaga berkenaan sanggup menawarkan barangan pada harga murah selain sanggup bekerja lebih masa, meskipun jumlah keuntungan diperoleh adalah kecil.

Lelaki berasal dari Pakistan dikenali sebagai Adnan berusia 40 tahun kini mengusahak­an kedai membaiki telefon bimbit mengaku, dia menggunaka­n nama isteri untuk mendaftark­an perniagaan di pusat beli-belah berkenaan.

“Saya menggaji empat pekerja, semuanya berasal dari Pakistan, mereka semua memiliki kemahiran membaiki telefon bimbit dan komputer riba seperti dikehendak­i pelanggan.

“Boleh kata majoriti pelanggan kami adalah dalam kalangan warga Pakistan dan Bangladesh selain warga tempatan.

Kedai saya menjadi tumpuan kerana caj perkhidmat­an dikenakan adalah murah,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang pekerja swasta Ahmad Bukhari Yusnan,32, yang menggunaka­n perkhidmat­an ditawarkan berkata, peniaga warga asing berkenaan akan melayan dan tidak akan menolak permintaan pelanggan.

“Barangan yang rosak dibaiki dalam tempoh singkat ditambah pula caj dikenakan amat berpatutan. Sebagai pengguna, saya akan memilih perkhidmat­an mereka kerana dianggap berbaloi.

“Saya akui peniaga warga asing ini memang cekap dan berkemahir­an tinggi untuk membaiki gajet elektronik dan telefon bimbit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia