Harian Metro

GUNDAH KENANG NASIB DIRI

-

Kakak bimbang masa depan tiga adik selepas disah hidap kanser mata

sukar dibuka.

“Sebaik dimasukkan ke wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dua bulan lalu, doktor mengesahka­n saya menghidap kanser mata di sebelah kiri dan perlu rawatan rapi.

“Pada masa sama, saya juga dikesan menghidap tuberkulos­is (tibi) dan kini dalam proses pemulihan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Pelanconga­n, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menyampaik­an sumbangan wang tunai serta barangan keperluan, semalam.

Anak sulung itu berkata, disebabkan penyakit berkenaan berat badannya turun mendadak sehingga sembilan kilogram kerana terlalu risaukan nasib diri serta adiknya, Mohd Aidil, 19, Mohd Afendi, 17, dan Mohd Fazli, 14, yang belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Jeli. Noraida berkata, dia dan adik-adiknya sangat bertuah kerana mendapat sokongan dan penjagaan datuk, Mohd Daud Jusoh, 67, dan nenek, Masitah Awang, 64, sejak kecil selepas ibunya (Rohana Johari) meninggal dunia 14 tahun lalu diikuti ayah (Nor Saidin Mohd Daud) setahun kemudian.

“Alhamdulil­lah datuk dan nenek menjadi pengganti arwah ibu dan ayah serta mereka memberi pelajaran terbaik kepada kami.

“Saya harap penyakit ini akan sembuh kerana mahu membalas jasa mereka yang banyak berkorban membesarka­n saya dan adik-adik,” katanya.

Sementara itu, Masitah berkata, sejak dikesan menghidap kanser mata, cucunya itu banyak mendiamkan diri tetapi bersemanga­t untuk sembuh sepenuhnya.

“Keadaan Noraida lebih baik berbanding dua bulan lalu dan kami akan memberi sokongan kepadanya untuk kembali sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

 ??  ?? NORAIDA yang menghidap kanser mata ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Gong Guchil, Sungai Petai.
NORAIDA yang menghidap kanser mata ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Gong Guchil, Sungai Petai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia