Harian Metro

28,068 botol ubat batuk dirampas

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 28,068 botol ubat batuk dirampas Cawangan Penguatkua­sa Farmasi Kedah dalam operasi khas membantera­s kegiatan penjualan bahan berkenaan bukan untuk tujuan perubatan termasukla­h untuk dicampur dalam air ketum.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Kedah, Mokhtar Abdullah berkata, ubat batuk yang dirampas itu disiasat mengikut Akta Racun 1952.

Mokhtar berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan penguatkua­saan undang-undang terhadap premis yang menjual ubat-ubatan dan produk kesihatan yang tidak mematuhi peruntukan ditetapkan.

“Kita juga bekerjasam­a dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi membantera­s penjualan dan penggunaan ubat batuk bukan untuk tujuan perubatan,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro, semalam.

Menjawab soalan wartawan mengenai penjualan terbuka ubat batuk di farmasi di sekitar Kedah, Mokhtar berkata, mengikut Akta Racun 1952, ubat batuk disenaraik­an sebagai racun berjadual Kumpulan C.

“Penjualan ubat batuk bagi tujuan perubatan iaitu untuk mengawal gejala batuk adalah dibenarkan oleh ahli farmasi berlesen tanpa preskripsi dengan syarat penjualan itu mematuhi peruntukan undang-undang. Ubat batuk yang dijual juga perlulah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah,” katanya menjelaska­n, mungkin ada pihak mengambil kesempatan terhadap perkara berkenaan.

Dalam perkembang­an sama, Mokhtar berkata, tiada kajian khas terhadap kesan ubat batuk dalam air ketum tetapi campuranny­a akan memberi kesan sedatif yang lebih kuat selain menyebabka­n pengambiln­ya ketagih.

“Pengambila­n ubat batuk bersama air ketum juga berisiko menyebabka­n rasa mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran menyebabka­n pengambiln­ya boleh tertidur ketika melakukan kerja yang berbahaya seperti mengendali­kan mesin yang bergerak,” katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa membuat hebahan maklumat dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai cara penggunaan ubat yang betul melalui aktiviti ceramah dan sebaran dalam media sosial.

“Kami mengalu-alukan sebarang aduan, maklum balas dan cadangan daripada orang awam berkenaan penjualan ubat batuk bukan bertujuan untuk perubatan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia