Harian Metro

Lelong barang peribadi kutip dana

-

Erra ketika dihubungi berkata, idea tercetus apabila dia dan ibu Elina tidak berkesempa­tan membawa anak mereka ke rumah anak yatim dan mereka yang memerlukan untuk menghulurk­an bantuan.

“Biarlah anak kami belajar mengenai konsep kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan. Barang mereka juga banyak, jadi kita berikan idea supaya dijual dan hasil jualan itu disedekahk­an kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Erra berkata, Aleesya dan Elina teruja dengan idea itu dan bersungguh­sungguh mengumpul barangan seperti buku, pakaian dan koleksi permainan mereka untuk dijual.

Menurut Erra, selain memberikan pendedahan mengenai pelaksanaa­n kerja amal dan kebajikan, pada waktu sama apa yang diusahakan itu mampu membantu perkembang­an minda mereka.

“Lagipun pengetahua­n kanak-kanak zaman sekarang lebih luas. Bayangkan dalam usia lapan dan sembilan tahun, mereka sudah tahu apa itu blog, menulis cerita dan pelbagai lagi pergetahua­n yang bagus.

“Usaha pertama ini juga sebenarnya ada ujian untuk saya dan ibu Elina. Kami tidak tahu bagaimana mahu mengendali­kannya. Lusa (esok) baru kami tahu bagaimana,” katanya.

Erra berkata, sebagai permulaan tidak banyak barang yang dilelong, sebaliknya ia dijadikan percubaan bagi melihat cara yang sepatutnya dilaksanak­an.

“Sekiranya percubaan Ahad ini berjaya, kami merancang untuk melakukann­ya secara berterusan. Selepas itu barulah kita akan memikirkan kepada siapa wang kutipan itu akan disalurkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia