Harian Metro

DISAMBUT BERITA

- Hazira Ahmad Zaidi news@nstp.com.my

2 remaja bermotosik­al maut tercampak selepas bertembung

Dua remaja lelaki termasuk pelajar tingkatan dua maut dalam kemalangan membabitka­n dua motosikal di Kadok di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Mohd Adib Saifuddin Mohd Nawi, 14, dan Amal Akma Mohamad, 18, yang menunggang motosikal secara berasingan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketika kejadian, Mohd Adib Saifuddin menunggang motosikal dari Kota Bharu ke Ketereh dipercayai memotong sebuah kenderaan ketika sampai di Pekan Kadok dan memasuki laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang Amal Akma.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata, akibat pertembung­an itu kedua-dua mangsa tercampak dan maut di lokasi kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa kepada Amal Akma, Mohamad Yasok, 60, berkata, dia tidak menyangka kepulangan­nya ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tersayang dikejutkan dengan berita kematian anak.

“Saya bekerja di Alor Setar, Kedah dan pulang ke kampung setiap dua minggu. Mengikut jadual saya sepatutnya pulang minggu depan ke kampung namun saya tidak sedap hati dan berangkat pulang malam, semalam.

“Sebaik tiba di rumah, saya dikejutkan dengan berita anak keenam daripada sembilan beradik maut dalam kemalangan. Rupa-rupanya perasaan tidak sedap hati adalah petanda kali terakhir saya menatap wajah Amal Akma,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HUSM, Kubang Kerian, di sini, semalam.

 ??  ?? JENAZAH Amal Akma (gambar kecil) diusung ke van jenazah untuk dibawa pulang ke rumahnya sebelum dikebumika­n di Kampung Binjal, Kadok.
JENAZAH Amal Akma (gambar kecil) diusung ke van jenazah untuk dibawa pulang ke rumahnya sebelum dikebumika­n di Kampung Binjal, Kadok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia