Harian Metro

Warga AS terselamat kali kedua di Sungai Limbang

-

Limbang: Berpantang maut sebelum ajal. Itu berlaku kepada lelaki warga emas dari Amerika Syarikat yang terselamat untuk kali kedua selepas botnya nyaris karam di Sungai Limbang, di sini, petang kelmarin.

Jonathan Wayne, 71, yang menggunaka­n sebuah bot dikatakan hanyut akibat arus deras sebelum botnya nyaris karam berhampira­n dermaga Jabatan Kastam Diraja Malaysia, jam 4.40 petang.

Namun nasib menyebelah­i lelaki terbabit apabila bot berkenaan dapat dikawal ke kawasan dermaga sebelum mendapatka­n bantuan pasukan bomba untuk mengeluark­an baranganny­a.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Linggem berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan, pada jam 4.48 petang.

Menurutnya, enam anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk melakukan tindakan susulan sejurus menerima maklumat berkenaan.

“Ketika anggota bomba tiba di dermaga berkenaan, bot milik lelaki warga emas itu sudah diikat di tiang di situ dan dalam keadaan hampir karam.

“Lelaki terbabit bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan dan anggota bomba kemudianny­a membantu mengangkat barangan dalam bot berkenaan,” katanya.

Difahamkan, pada tahun lalu, Jonathan diselamatk­an pasukan BBP Limbang selepas ‘rumah bot’ yang dibina daripada bahan terbuang nyaris karam akibat dihanyutka­n arus deras Sungai Limbang.

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan menyusuri sungai di negeri ini untuk merakam pemandanga­n.

 ??  ?? KEADAAN kapal milik Jonathan.
KEADAAN kapal milik Jonathan.
 ??  ?? JONATHAN diselamatk­an selepas botnya nyaris karam di Sungai Limbang.
JONATHAN diselamatk­an selepas botnya nyaris karam di Sungai Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia