Harian Metro

5 MINIT ‘JINAK’ KELISA

- Ahmad Rabiul Zulkifli news@nstp.com.my

Kenyir saji spesies ikan jarang ditemui di lokasi lain

“Saya ingatkan toman, rupanya kelisa dan ia pengalaman baru sepanjang lima tahun memancing di Tasik Kenyir,” kata pemancing, Mohd Musthakim Mohd Din, 28.

Pemuda dari Kampung Losong Haji Mat Shafie itu berjaya menaikkan ikan kelisa seberat tiga kilogram (kg) melalui teknik yang digunakan ketika memancing di Tasik Kenyir jam 8 pagi, kelmarin.

Ternyata, Tasik Kenyir terus menjadi syurga buat kaki pancing terutama dalam mendapatka­n ikan spesies besar yang sukar diperoleh di tempat lain.

Ia sekali gus menafikan dakwaan Tasik Kenyir ketandusan spesies ikan yang menjadi buruan pemancing dari Singapura, Thailand, Indonesia dan China.

Mohd Musthakim berkata, dia tidak sangka umpan tiruan yang digunakan menarik perhatian ikan kelisa bersaiz besar itu.

“Bukan saja saya yang terkejut tetapi semua rakan dan pengunjung di tasik itu teruja apabila tahu mengenai ikan kelisa yang dipancing itu.

“Difahamkan ikan kelisa biasanya tidak mudah untuk dipancing di tasik itu dan ia biasanya ditangkap di kawasan yang terpencil menggunaka­n pukat.

“Ketika pancing saya mengena, saya ingatkan toman kerana ia sangat agresif dan beberapa kali meloncat di permukaan air,” katanya sambil menambah dia mengambil masa lima minit menaikkan ikan kelisa itu.

Menurutnya, ikan berkenaan mengalami kecederaan pada insang kerana kail terlekat di bahagian berkenaan.

“Pada mulanya, saya ingin melepaskan semula ikan itu ke dalam tasik namun apabila diletakkan di dalam air, ia tidak bermaya dan terapung jadi saya membawanya pulang untuk dimasak.

“Ternyata ikan kelisa sangat sedap dan ia kurang tulang berbanding spesis ikan sungai ain,” katanya.

 ??  ?? MOHD Musthakim menunjukka­n ikan kelisa yang dipancing di Tasik Kenyir.
MOHD Musthakim menunjukka­n ikan kelisa yang dipancing di Tasik Kenyir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia