Harian Metro

GARA-GARA BEREBUT LIF

Sekumpulan pekerja binaan warga Indonesia, Bangladesh bergaduh sesama sendiri

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Rakaman dimuat naik di laman Facebook dan tular sejak semalam

Akibat berebut lif untuk turun dari sebuah tapak pembinaan di Jalan Bukit Indah 1, Bukit Jalil, di sini, sekumpulan pekerja binaan warga Indonesia dan Bangladesh bergasak sesama sendiri.

Rakaman pergaduhan yang turut menggunaka­n senjata tajam itu tular sejak pagi semalam dan polis mengesahka­n ia berlaku pada 10 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pergaduhan berpunca ketika pekerja berebut untuk menggunaka­n lif sebelum ia merebak membabitka­n kumpulan dari dua negara itu.

“Pergaduhan membabitka­n kumpulan lelaki Indonesia dan Bangladesh. “Punca pergaduhan berlaku kerana seorang lelaki warga Indonesia terpaksa menunggu lif untuk turun dari tingkat 16.

“Berlaku perebutan dengan tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk ketika hendak turun menggunaka­n lif itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam video berdurasi 33 saat itu, sekumpulan pekerja buruh binaan saling berkejaran sambil menjerit di atas bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.

Rakaman itu dimuat naik di laman Facebook dan tular sejak semalam mendakwa pergaduhan membabitka­n kumpulan pekerja Aceh dan Bangladesh.

Rusdi berkata, akibat kejadian itu tiga warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia cedera dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Polis menahan 17 lelaki terdiri daripada 10 warga Indonesia dan tujuh Bangladesh yang terbabit dalam kejadian itu. Mereka direman sehingga hari ini (semalam) untuk membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN sekumpulan pekerja warga asing bergaduh di atas bumbung bangunan dimuat naik di laman Facebook dan tular.
RAKAMAN sekumpulan pekerja warga asing bergaduh di atas bumbung bangunan dimuat naik di laman Facebook dan tular.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia