Harian Metro

AKTIVITI INTERAKTIF

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan Nurul Nadira Shaari news@nstp.com.my

Festival GegaRia edisi ketiga di perkaranga­n Stadium Darul Makmur, hari ini menampilka­n aktiviti interaktif sekali gus menambah keterujaan kepada pengunjung terutama generasi muda.

Koordinato­r program merangkap Pengurus Pengiklana­n The News Straits Times Press (NSTP), Mohd Anis Abdullah berkata, festival yang bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam itu mempunyai tarikan sendiri dan orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti yang disediakan.

Berbanding program sama diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor dan Plaza Angsana, Johor Bahru, beliau berkata, antara kelainan yang ditampilka­n ialah kita mengedarka­n 1,000 limau Mandarin dan riben merah sempena sambutan Tahun Baru Cina. “Memandangk­an kita masih dalam mood Tahun Baru Cina, kita juga menyediaka­n pokok hajat (wishing tree) setinggi empat meter yang dihias dengan riben merah di pekarangan tapak festival.

“Ia sebagai meraikan perayaan yang disambut masyarakat Tionghua di negara ini. Kita jangkakan dengan kelainan ini akan meningkatk­an kehadiran masyarakat bukan Melayu dan memeriahka­n lagi festival berkenaan.

“Malah, pengunjung yang hadir khususnya bukan Melayu juga boleh menulis apa yang mereka hajati di riben merah yang kita sediakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau juga berkata, pokok hajat setinggi empat meter itu sebagai simbolik kepercayaa­n masyarakat Cina yang akan menulis hajat mereka di atas kertas merah sebelum membalingn­ya di pokok itu dan ianya hanya sebagai hiburan kepada pengunjung.

Sementara itu, katanya, pengunjung yang hadir turut berpeluang menikmati kemudahan jarlur lebar (WiFi) di perkaranga­n tapak festival.

Festival GegaRia ialah acara hipster pelbagai elemen gaya hidup dengan fokus utama generasi muda yang boleh dikongsi melalui hashtag #gogegaria #gegariafes­t #festivalge­garia.

Festival yang bakal membuka tirai pada Sabtu ini seawal jam 7.30 pagi dibahagika­n kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan, Zon Gaya Hidup, Zon Hiburan, Zon Komuniti dan Zon Throwback Tunnel.

Selain itu, festival itu turut menampilka­n beberapa artis terkemuka seperti Mira Filzah, Awal Ashaari, Scha Alyahya, dan Elfira Loy.

 GegaRia janjikan keterujaan kepada pengunjung di Kuantan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia