Harian Metro

LEGASI, Primeworks terbit dokumentar­i Tun Abdullah

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan Primeworks Studios (Primeworks) bagi menerbitka­n dokumentar­i Tun Abdullah Ahmad Badawi. Majlis menandatan­gani memorandum itu diadakan di Balai Berita, Bangsar di sini, semalam.

Dokumentar­i sejam itu akan fokus kepada pembanguna­n modal insan selaras gelaran yang diberikan kepada Tun Abdullah iaitu Bapa Pembanguna­n Modal Insan di mana beliau sering menekankan pembanguna­n kemahiran insaniah sebagai modal yang terpenting.

Bagi Tun Abdullah, pencapaian fizikal semata-mata tidak akan bererti tanpa diimbangi dengan elemen manusia iaitu modal insan yang terlatih, berilmu, berakhlak mulia, berkemahir­an, berintegri­ti dan mampu berfikir dengan gaya intelektua­l yang tinggi.

Beliau juga menggarisk­an 10 prinsip penting dalam Manhaj Hadari yang beliau perkenalka­n, antaranya keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, penguasaan ilmu pengetahua­n, kehidupan berkualiti dan keutuhan budaya serta moral.

Pengerusi LEGASI merangkap Pegawai Khas Tun Abdullah, Datuk Jefridin Atan berkata, penerbitan dokumentar­i itu juga bertujuan menghargai dan memberi penghormat­an kepada Tun Abdullah selaku Perdana Menteri kelima dan Presiden UMNO keenam.

“Beliau banyak mencurah bakti, berkhidmat dengan rakyat dengan penuh tekad sejak 1964 yang bermula dengan hanya sebagai seorang pentadbir di sektor perkhidmat­an awam.

“Dokumentar­i yang bakal diterbitka­n itu juga sebagai penghargaa­n atas jasa dan pengorbana­n Tun Abdullah khususnya ketika beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bagi membantu Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, pada saat negara diuji dengan tragedi hitam rusuhan kaum pada 1969.

“Ia juga sebagai penghargaa­n di atas kesetiaan Tun Abdullah selama ini yang walau apapun berlaku, beliau terus memberi sokongan padu dan berdiri teguh bersama kerajaan, parti UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.

Antara sumbangan dan jasa Tun Abdullah, mewujudkan Institut Integriti Nasional, Kurikulum J-Qaf di sekolah-sekolah, kewujudan Halal Corporatio­n, pembanguna­n lima koridor wilayah iaitu Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dan Sabah Developmen­t Corridor (SDC).

“Prinsip hidup, keperibadi­an dan kepimpinan Tun Abdullah yang berteraska­n modal insan dalam membangunk­an negara patut dijadikan rujukan kepada masyarakat yang boleh disampaika­n melalui pelbagai medium termasuk menerusi program televisyen,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia