Harian Metro

REZEKI KETAM NIPAH

Penternak miliki tiga kolam kini tak menang tangan layan permintaan

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

Bukan mudah nak senang, namun demi kelangsung­an hidup seorang nelayan di Bukit Meriam di sini, nekad membanting tulangnya untuk memberi keselesaan kepada keluargany­a.

Roslan Ramli, 49, dulunya seorang nelayan dan ke laut saban hari demi mencari sesuap nasi untuk isteri dan lapan anaknya berusia enam hingga 23 tahun.

Katanya, dia ketika itu hanya bergantung pendapatan daripada sumber laut yang kadangkala lumayan dan cukup membeli keperluan dapur dan anak-anak.

Menurutnya, jika tidak ke laut dia keluar mencari ketam nipah di kawasan pantai berlumpur sekitar Pantai Merdeka, dekat sini, sebelum dijual kepada peraih atau dibekalkan sebagai benih kepada mereka yang mengusahak­an kolam ternakan ketam.

“Dulu saya hanya menangkul ketam jika tidak ke laut dan hasilnya saya jual di tepi jalan kepada pelanggan yang ingin merasai kelainan isi ketam nipah.

“Memang dulu susah mencari ketam nipah kerana keadaan ia hidup di kawasan paya bakau dan di dalam lumpur dan memang memerlukan kemahiran tinggi,” katanya.

Roslan berkata, selepas melihat aktiviti ini boleh dikomersia­lkan, dia kemudian memberanik­an diri mengusahak­an kolam ketam seluas satu hektar.

Katanya, dia bermula pada 2011 dengan menyambung mengusahak­an kolam yang dimiliki rakannya secara perlahan-lahan sehingga memiliki tiga kolam di bawah jagaannya.

Menurutnya, usahanya sedikit demi sedikit membuahkan hasil dan bermula secara kecil-kecilan.

Roslan berkata, dia bermula dengan mencari benih sendiri sebelum dipindahka­n ke kolamnya itu sebelum ia mula membiak sehingga kini.

“Alhamdulil­lah, saya kini mampu menghela nafas lega dengan apa yang diusahakan selain permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

“Hasil yang diperolehi saya jual dalam pelbaga bentuk, ada yang dijual bagi tujuan makanan selain ada yang dijual bagi tujuan benih,” katanya, di sini.

Menurutnya, harga yang biasa dijual di pasaran mampu mencecah RM40 sekilogram bergantung kepada saiz ketam.

Katanya, dia kini tidak menang tangan memasarkan ketam itu berikutan permintaan yang tinggi daripada orang ramai, ditambah menjelang hari perayaan.

Namun katanya, antara masalah dihadapiny­a ialah modal pusingan yang digunakan untuk kolamnya ini tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan hanya bergantung kepada poketnya sendiri.

“Ia kerana tapak kolam yang diusahakan tidak memiliki geran sementara atau TOL kerana ia milik kerajaan, jadi agensi kerajaan tidak dapat menyalurka­n bantuan kepada saya bagi tujuan ini.

“Namun ia sedang berusaha untuk mendapatka­n geran sementara untuk tiga kolam yang diusahakan­nya kini dan bercadang untuk membesarka­n lagi kapasiti kolamnya,” katanya.

Menurutnya, sehingga hari ini, satu kolamnya boleh menempatka­n sehingga 2,000 ekor ketam nipah dan setiap hari dia dapat memungut hasil sehingga 100 kilogram sehari.

 ??  ?? SEKITAR kawasan penternaka­n ketam nipah di Kuala Muda. SEBAHAGIAN hasil ketam nipah yang dipungut dari kolam milik Roslan Ramli di Bukit Meriam, Kuala Muda. SEEKOR ketam nipah boleh mencecah berat satu kilogram seekor.
SEKITAR kawasan penternaka­n ketam nipah di Kuala Muda. SEBAHAGIAN hasil ketam nipah yang dipungut dari kolam milik Roslan Ramli di Bukit Meriam, Kuala Muda. SEEKOR ketam nipah boleh mencecah berat satu kilogram seekor.
 ??  ?? SEBAHAGIAN menu masakan berasaskan ketam yang dijual Shahiful di gerai makanannya di Seberang Jaya.
SEBAHAGIAN menu masakan berasaskan ketam yang dijual Shahiful di gerai makanannya di Seberang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia