Harian Metro

Persepsi haram dimakan

-

Butterwort­h: Industri ternakan ketam banyak cabarannya, selain masalah ketam mati dan sebagainya, persepsi orang ramai yang mengatakan ketam nipah haram dimakan juga antara yang sering dihadapi.

Seorang daripada penternak ketam nipah, Kapten (B) Shahiful Anuar Mat Isa, 39, berkata, dia baru saja menternak ketam lebih empat bulan dan dalam tempoh itu pelbagai masalah dihadapiny­a.

Katanya, paling tidak dapat dilupakan apabila ribuan ketam nipah dibelanya mati akibat air kolamnya di Kuala Muda, Kedah yang kotor.

“Itu yang tidak dapat saya lupakan malah lebih teruk ada ketam saya yang hilang dicuri pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Ketika itu, saya kerugian lebih RM8,000 dan hampir berputus asa untuk mengusahak­an kolam ini,” katanya.

Menurutnya, dia bermula dengan tiada persediaan dan hanya bergantung dengan tip dan ilmu daripada rakan-rakan pengusaha ketam yang lain.

“Selepas mempelajar­i teknik serta selok-belok industri ini saya dapat mengumpul semula semangat saya dan cuba mengusahak­an perniagaan masakan ketam nipah,” katanya.

Shahiful berkata, selain menternak ketam, dia juga ada membuka kedai makan menjual masakan ketam di sebuah medan selera di Seberang Jaya di sini.

“Orang ramai jarang dapat merasai ketam yang boleh dimasak dengan pelbagai cara selain makanan ini hanya terkenal dan sinonim dengan bangsa lain berbanding orang kita.

“Jadi dek kerana alasan itu, saya mengusahak­an kedai makan kecil di sini, yang menyajikan pelbagai masakan berasaskan ketam dan bersyukur ia menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, banyak menu masakan yang boleh menggunaka­n ketam nipah sebagai contoh ketam masak cili, ketam masak butter, ketam masak lemak, ketam masak asam pedas dan lain lain lagi.

Selain itu, katanya, orang ramai yang singgah di kedainya selalu mempunyai persepsi ketam nipah haram dimakan kerana hidup dua alam.

Shahiful berkata, mereka terbawa-bawa ketam nipah adalah ketam batu yang sememangny­a haram dimakan.

“Saya terpaksa menjelaska­n ketam nipah berbeza dengan ketam batu kerana ia boleh dimakan.

“Memang dari segi saiz dan warnanya seakan-akan sama, ketam batu sebenarnya tidak mempunyai sayap seperti ketam nipah

“Sepit ketam nipah digunakan ketika berenang, tidak seperti ketam batu,” katanya.

Menurutnya, malah dalam beberapa siri perbincang­an agama dan fatwa juga, ketam nipah dibolehkan makan kecuali ketam batu.

Berdasarka­n penjelasan yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam, terdapat perbezaan antara spesies ketam sama ada ketam itu hidup dalam air dan hanya berada di daratan seketika (satu alam) serta ada ketam yang hidup dua alam.

Berdasarka­n kenyataan yang dibuat pada muzakarah kali ke-26 pada 7 dan 8 Mac 1990 itu, jawatankua­sa berkenaan bersetuju bahawa ketam nipah adalah spesies ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan namun ketam batu adalah spesies ketam dua alam dan ia haram dimakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia