Harian Metro

9 ASKAR DIREMAN

- Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Sembilan anggota Tentera Darat (TD) diberkas selepas dipercayai terbabit kes rogol seorang gadis berusia 17 tahun Disember tahun lalu.

Semua suspek berusia 23 tahun itu penuntut Kursus Artileri Kelas 2, Siri 3/2017 di 33 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Kluang, Johor ditahan kelmarin oleh Cawangan Penyiasata­n Khas (CPK), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan maklumat daripada polis.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan itu dilakukan selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada 21 Februari lalu.

“Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia mengenali seorang daripada suspek terbabit sebelum diperkenal­kan dengan lapan lagi anggota lain di sebuah hotel di Kluang pada petang 23 Disember tahun lalu.

“Dia kemudian mendakwa dirogol di hotel berkenaan pada hari sama sebelum membuat laporan

 Disyaki noda gadis bawah umur

polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, semua suspek diserahkan ATM kepada Polis Daerah Kluang.

“Setakat ini semua suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) hingga 1 Mac depan bagi membolehka­n siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya.

Mohd Khalil berkata, beliau tidak boleh mengulas kes itu secara terperinci bagi membolehka­n siasatan sepenuhnya dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia