Harian Metro

Jangan mudah mengeluh

-

Jempol: “Walaupun lumpuh ia bukanlah alasan untuk meminta-minta sebaliknya perlu bangun meneruskan kehidupan.

Percayalah, jika ada usaha pasti ada rezeki yang dikurniaka­n Allah,” kata penduduk FELDA Lui Barat, di sini, Salmiah Zakaria, 34 yang lumpuh sebahagian anggota badan sejak berusia 12 tahun.

Salmiah berkata, dia yang lumpuh daripada bahagian kaki hingga ke paras pinggang bersyukur diterima bekerja sebagai kerani di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, di sini sejak 2009.

“Saya mulai lumpuh pada 1996 selepas diserang demam panas. Akibatnya bahagian kaki hingga paras pinggang gagal bergerak menyebabka­n terpaksa menggunaka­n kerusi roda.

“Lebih malang apabila saya perlu berhenti sekolah berikutan tidak dapat menguruska­n diri,” katanya ditemui di pejabat khidmat masyarakat di DUN berkenaan, di sini, semalam.

Menurut Salmiah, dia menerima ketentuan takdir namun pada masa sama tidak berputus asa mempelajar­i kemahiran menggunaka­n komputer di rumah.

“Alhamdulil­lah, dengan kemahiran dimiliki saya diterima bekerja oleh Datuk Zainal Abidin Ahmad yang ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui,” katanya.

Salmiah menzahirka­n kesyukuran apabila Mohd Razi Mohd Ali yang kini sebagai ADUN kawasan itu meneruskan khidmatnya berdasarka­n kebolehan dan pengalaman dimiliki.

“Saya belajar sesuatu dalam hidup iaitu jangan mengeluh jika ditimpa sesuatu dugaan. Malah saya bangga dapat meneruskan hidup sebagai manusia normal dan tidak menyalahka­n takdir,” katanya.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, sejak bekerja di pejabat itu dia didatangi ramai penduduk yang memohon bantuan termasuk mereka yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Saya juga OKU dan memahami kesusahan mereka. Apabila mereka mengadu sesuatu, saya akan membantu sedaya yang boleh dengan harapan permohonan mereka diluluskan,” katanya.

Berkongsi rutin kehidupan katanya, dia memandu Perodua Kancil setiap hari untuk ke pejabat yang terletak lima kilometer dari rumah dan dibantu rakan sekerja sebaik tiba dan mahu pulang.

“Saya perlu bekerja untuk membantu ibu, Salmah Ali yang berusia 66 tahun kerana dialah yang bersusah payah selepas saya bergelar OKU. Selain itu suami Husny Hussin berusia 50 tahun banyak memberi sokongan kerana dia juga OKU,” katanya.

Menurut Salmiah, dia menyukai aktiviti kemasyarak­atan dan turut serta dalam program anjuran DUN berkenaan.

 ??  ?? SALMIAH bersama suami, Husny dan anak mereka, Muhammad Naufal Amjad.
SALMIAH bersama suami, Husny dan anak mereka, Muhammad Naufal Amjad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia