Harian Metro

Gertak pukul drebar wanita

-

Kuala Lumpur: Kes serangan samseng jalan raya terus membimbang­kan apabila kejadian itu semakin kerap tular di media sosial.

Terbaru seorang wanita tempatan ‘diserang’ seorang lelaki berusia lewat 50-an ketika memandu kereta di lokasi belum dapat dikenal pasti.

Melalui rakaman video berdurasi kira-kira tiga minit itu, mangsa digertak lelaki terbabit yang memandu kereta model Mazda berwarna biru.

Lelaki itu dilihat mengarahka­n mangsa keluar dari keretanya, selain turut cuba merampas telefon pintar milik mangsa.

Kedengaran suara wanita itu meminta bantuan orang awam menghubung­i polis selepas lelaki itu enggan berganjak dan menghalang laluan kenderaan mangsa.

Dalam rakaman itu, turut kedengaran suara mangsa mendakwa lelaki terbabit mahu memukulnya.

Sementara itu, pihak Polis Kuala Lumpur yang dihubungi memberitah­u masih menyiasat penyebaran video itu, selain meminta mangsa tampil membuat laporan polis.

Penganalis­is jenayah, Kamal Afendi Hashim berkata, rakaman video berkenaan sepatutnya tidak perlu ditularkan kepada orang ramai.

Menurutnya, mangsa sepatutnya menyerahka­n bukti itu kepada polis.

“Tidak menjadi satu keperluan untuk mereka menularkan video itu. Apa yang perlu dilakukan adalah terus pergi ke balai polis berhampira­n,” katanya.

Dakwanya, sudah menjadi ‘trend’ ketika ini apa saja kejadian akan ditularkan di media sosial.

“Adakah mereka hendak meraih simpati? Rakaman itu juga boleh menimbulka­n keraguan kerana kita tidak pasti adakah ia benar atau kandungan asalnya sudah disunting.

“Dalam sesetengah kes, video ditularkan itu tidak memaparkan keseluruha­n kejadian. Justeru, ia menimbulka­n perdebatan yang tidak membantu menyelesai­kan sesuatu kes atau hanya mengeruhka­n keadaan,” katanya.

 ??  ?? VIDEO menunjukka­n seorang lelaki cuba mengancam keselamata­n seorang pemandu wanita yang tular di media sosial.
VIDEO menunjukka­n seorang lelaki cuba mengancam keselamata­n seorang pemandu wanita yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia