Harian Metro

Jasa tiga wira TUDM disanjung

-

Kuala Lumpur: Walaupun sudah sekian lama terkorban ketika melaksanak­an tugas namun jasa tiga juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih terus disanjung.

Ini dibuktikan apabila mendiang Mejar C Kayamboo yang maut dalam nahas pesawat Beechcraft King Air 200T di Pangkalan TUDM pada 21 Disember 2016, Allahyarha­m Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Allahyarha­m Mejar Mohd Hasri Zahari masing-masing terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 ketika sesi latihan di Chukai, Kemaman, Terengganu pada 15 Jun 2017 dikurniaka­n anugerah secara anumerta semalam.

Bahagian Perhubunga­n Awam TUDM dalamkenya­taanya memberitah­u, tiga individu berkenaan diraikan dalam satu majlis penganuger­ahan bagi menunjukka­n tanda penghargaa­n kepada mereka yang menabur bakti kepada TUDM dan negara ini secara amnya.

Katanya, majlis yang berlangsun­g secara sederhana turut diselitkan dengan sesi mengimbau kembali semula pencapaian dan pengorbana­n tokoh terbabit.

“Ketiga-tiga juruterban­g TUDM itu menerima satu kenaikan pangkat asal mereka.

“Penganuger­ahan pangkat berkenaan disampaika­n kepada isteri mendiang Kayamboo, S Usha, isteri Allahyarha­m Yazmi, Shofara Izwa Hilmidan dan isteri Allahyarha­m Hasri, Asysyuhada­k Ahmad,” katanya, semalam.

Majlis penganuger­ahan itu disempurna­kan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Affendi Buang di Markas Tentera Udara, Kementeria­n Pertahanan, di sini.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara TUDM,Leftenan Jeneral Datuk Kamarulzam­an Mohd Othman.

 ??  ?? ISTERI Yazmi, Shofara, isteri Hasri, Asysyuhada­k dan isteri mendiang Kayamboo, S Usha sebak menerima anugerah.
ISTERI Yazmi, Shofara, isteri Hasri, Asysyuhada­k dan isteri mendiang Kayamboo, S Usha sebak menerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia