Harian Metro

LUBANG 3M DAH DIKAMBUS

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

1,000 penduduk Taman Fadason lega jalan ‘tak siap’ diturap

Masalah jalan berlubang di Taman Fadason, di sini, yang berlarutan lebih 10 tahun lalu mendapat perhatian apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja penambahba­ikan yang melegakan lebih 1,000 penduduk.

Ini kerana, mereka sebelum ini, penduduk umpama melalui jalan ‘tak siap’ dengan lubang seluas tiga meter di kawasan perumahan mereka menyebabka­n ia menyukarka­n pergerakan dan kerja seharian.

Wakil penduduk, Wong Ho Hock, 52, berkata, masalah itu lebih ketara sejak beberapa tahun lalu apabila jalan sedia ada mula rosak dan tidak dibaiki mengakibat­kan ia bertambah teruk setiap kali musim hujan.

Katanya, keadaan itu menyebabka­n kenderaan penduduk sering mengalami kerosakan kerana permukaan jalan yang begitu teruk, malah ada yang terpaksa meletakkan kereta agak jauh untuk mengelak daripada melalui jalan berlubang. “Kawasan kami ini terletak tidak jauh dengan pusat bandar, tetapi jalan di sini berlubang teruk seperti di pedalaman.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kerana ada pemimpin yang prihatin, datang dan mendengar sendiri rintihan kami yang turut berdepan masalah kerosakan lif sejak beberapa tahun lalu,” katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepong Datuk Norizan Ali.

Sementara itu, Norizan berkata, pihaknya terpanggil membantu penduduk di situ mendapatka­n infrastruk­tur terbaik dengan memanjangk­an aduan kepada pihak berwajib memandangk­an isu terbabit sudah berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, wakil penduduk di situ ada menemuinya dan meminta bantuan untuk kerja-kerja pembaikan jalan masuk ke kawasan perumahan mereka yang rosak teruk serta menjejaska­n kehidupan seharian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia