Harian Metro

WONDA Coffee lancar dua varian baru

-

Kuala Lumpur: WONDA Coffee, satu daripada jenama kopi sedia minum (RTD) terkemuka di Malaysia melancarka­n dua varian terbaru iaitu WONDA Milk Coffee dan WONDA Mochaccino.

Menariknya, varian terbaru ini disediakan dalam botol isian 340 mililiter (ml) bagi memudahkan ia dibawa ke mana saja, sekali gus membolehka­n pengguna menikmatin­ya tanpa risiko tumpah.

Dibuat daripada 100 peratus biji kopi premium Arabica, WONDA Milk Coffee adalah perisa yang mesti dicuba bagi mereka yang sukakan kopi dengan struktur yang lebih lembut dan bersusu.

WONDA Mochaccino pula adalah pilihan sempurna bagi mereka yang gemarkan cita rasa coklat kerana ia menggabung­kan coklat dan kopi yang pasti memberi rasa yang enak.

Kedua-dua varian ini menawarkan cita rasa WONDA Coffee yang sebenar dan pastinya akan memberi pengalaman baru kepada penggemar kopi.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, WONDA Coffee mengedarka­n sampel WONDA Milk Coffee dan WONDA Mochaccino di 30 stesen minyak Shell sepanjang lebuh raya utama bagi memastikan semua pemandu jalan raya berada dalam keadaan segar.

Sampel ini akan diberikan kepada pengguna jalan raya selama dua hari bermula hari ini dan esok.

Menyemarak­kan lagi suasana, penggemar kopi boleh mendapatka­n varian terbaru WONDA Coffee ini pada harga RM3 sebotol di mana-mana cawangan Shell Select sehingga 15 Mac ini.

Penggemar kopi juga boleh menikmati diskaun dan membeli dua varian ini di Kedai Mesra PETRONAS dengan hanya RM2.88 menerusi pembelian PETRONAS Primax bernilai RM30. Promosi ini akan berakhir pada 28 Februari.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundaram berkata, pelbagai kajian dilakukan untuk menyediaka­n kopi yang boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana saja.

“Dengan menawarkan WONDA Coffee dalam botol 340ml ini, pengguna dapat menikmatin­ya dengan mudah dan selesa.

“Pencinta WONDA Coffee juga kini dapat menikmati kopi gaya kafe kegemaran mereka dengan rasa selamat di mana saja mereka berada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia