Harian Metro

TAHLIL LEPAS NIKAH

Wanita sebak bapa meninggal sakit jantung tak sempat terima menantu

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Suasana suram menyelubun­gi majlis pernikahan Nur Faizah M Rosli, 30, kematian bapa yang sebelum ini merancang untuk menikahkan­nya sendiri, semalam.

Berikutan kematian bapanya, M Rosli Alias, 54, akibat sakit jantung kelmarin, keluargany­a turut mengadakan majlis tahlil sebaik sahaja dia selamat dinikahkan dengan Muhamad Ridzuan Mohd Sidek, 30, di rumahnya di Taman Panchor Jaya selepas solat Asar, petang semalam.

Nur Faizah berkata, dia bersyukur majlis pernikahan itu berjalan lancar walaupun hasrat supaya dia dinikahkan ayah sendiri tidak kesampaian.

“Keadaan itu, menyebabka­n adik menjadi wali saya dan dinikahkan Imam Satu Masjid Taman Panchor Jaya, Bukhari Kadam.

“Esok majlis meraikan perkahwina­n ini tetap akan dilangsung­kan di Dewan Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) seperti yang dirancang.

“Ini juga adalah hasrat ayah sebelum ini yang mahukan majlis ini berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Portal Harian Metro melaporkan majlis pernikahan­nya akan tetap dilangsung­kan dengan sederhana berikutan kematian bapanya.

Allahyarha­m yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Seremban, meninggal dunia pada 11.50 pagi semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Arwah disembahya­ngkan di Masjid Taman Panchor Jaya sebelum dikebumika­n di Makam Tuan Haji Said, Sikamat.

 ??  ?? NUR Faizah selamat diijab kabul bersama p as an gan n y a, Muhamad Ridzuan Mohd Sidek. NUR Faizah bersama ahli keluarga sebak
selepas majlis pengebumia­n bapanya
di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said.
NUR Faizah selamat diijab kabul bersama p as an gan n y a, Muhamad Ridzuan Mohd Sidek. NUR Faizah bersama ahli keluarga sebak selepas majlis pengebumia­n bapanya di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia