Harian Metro

CYBERJAYA PERINTIS

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

 Bakal nikmati rangkaian mudah alih 5G pertama di Malaysia

Cyberjaya bakal menjadi bandar pertama menikmati rangkaian mudah alih generasi kelima atau 5G yang 100 kali lebih laju daripada 4G.

Teknologi 5G mula dilancarka­n buat kali pertama di Sukan Musim Sejuk Olimpik di PyeongChan­g, Korea Selatan yang bermula pada 9 Februari lalu.

Ia adalah rentetan pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara Cyberview Sdn Bhd dengan SK Holdings Co Ltd dan SK Telecom Co Ltd di mana Cyberjaya akan dibangunka­n sebagai Bandar Pintar Lautan Biru pertama di Malaysia yang antaranya akan dilengkapi kemudahan 5G.

SK Holdings dan SK Telecom masing-masing adalah anak syarikat SK Group, konglomera­t kedua terbesar di Korea Selatan dari segi saiz pasaran permodalan dan turut tersenarai dalam Fortune 100.

Ketua Pegawai Eksekutif SK Telecom Park Jung Ho berkata, pihaknya berhasrat untuk menguji teknologi 5G di negara ini di Cyberjaya serentak dengan yang akan dilakukan syarikat itu di negaranya pada akhir tahun ini.

Justeru, beliau berharap dapat bekerjasam­a dengan syarikat telekomuni­kasi sedia ada di Malaysia dalam mencapai sasaran itu.

“(Kami berharap) kerajaan (Malaysia) dapat menyediaka­n spektrum untuk 5G kerana untuk kami melancarka­n teknologi ini, kami memerlukan peralatan dan infrastruk­tur yang sesuai.

“Kami menjangkak­an untuk menguji 5G di Korea Selatan pada akhir tahun ini dan berharap dapat melakukann­ya serentak di Malaysia.

“Ini kerana anda (kerajaan) menyediaka­n persekitar­an lebih terbuka terutama dari segi undang-undang (untuk teknologi ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media majlis pertukaran MoU antara kerajaan Malaysia dan SK Group serta antara Cyberview dengan SK Holdings dan SK Telecom yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 ??  ?? NAJIB bersama Ahmad Zahid menyaksika­n pertukaran MoU antara Kerajaan Malaysia dan SK Group serta antara Cyberview dengan SK Holdings dan SK Telecom di Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB bersama Ahmad Zahid menyaksika­n pertukaran MoU antara Kerajaan Malaysia dan SK Group serta antara Cyberview dengan SK Holdings dan SK Telecom di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia