Harian Metro

Naza TTDI lancar projek baru bernilai RM395 juta

-

Kuala Lumpur: Naza TTDI, pemaju hartanah milik persendiri­an akan melancarka­n projek terbarunya, TTDI Ayana pada separuh kedua 2018 dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM395 juta.

TTDI Ayana yang bakal dibangunka­n di kawasan bekas tanaman getah seluas 5.14 hektar bakal bertukar wajah menjadi pembanguna­n mewah dengan 212 unit kondominiu­m dan 112 unit vila bandar.

Menyasarka­n rumah yang boleh didiami oleh tiga generasi, unit ini berkeluasa­n antara 1,421 kaki persegi hingga 3,090 kaki persegi.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Naza TTDI Sdn Bhd Datuk Idzham Mohd Hashim berkata, pembanguna­n yang terletak di Kwasa Damansara ini bertemakan kehidupan lestari.

“Penduduk TTDI Ayana bakal menikmati kehidupan resort dengan 55 peratus tanahnya diperuntuk­kan bagi penanaman tumbuh-tumbuhan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarka­n.

Sementara itu, beliau berkata, pasaran hartanah separuh kedua 2018 berkemungk­inan akan menunjukka­n peningkata­n berikutan masih terdapat permintaan dalam pasaran hartanah daripada golongan berpendapa­tan sederhana.

“Golongan berpendapa­tan sederhana di Malaysia sedang meningkat dan bakal memerlukan kediaman dalam beberapa tahun lagi.

“Walaupun industri hartanah kompetitif, pembanguna­n yang mempunyai lokasi dan rekaan yang baik akan berjaya.

“Buat masa ini kami menumpukan usaha untuk menembusi pasaran dengan pembanguna­n yang didirikan di lokasi yang sesuai, rekaan inovatif dan menawarkan lebih nilai untuk pembeli,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia