Harian Metro

SELAMAT SAAT AKHIR

- Agensi

 Lelaki bunuh ibu, adik untuk harta terselamat hukuman mati kurang

sejam sebelum dilaksanak­an

Seorang lelaki mendapat peluang kedua untuk hidup apabila terlepas daripada hukuman mati kerana melakukan konspirasi membunuh ahli keluargany­a untuk mendapat harta warisan pada 2003, selepas ditukarkan kepada penjara seumur hidup kurang sejam sebelum dilaksanak­an.

Thomas Whitaker, 38, merancang pembunuhan ibunya, Tricia, 51, dan adik lelaki, Kevin 19. Ayahnya Kent ditembak di dada tetapi terselamat.

Reuters melaporkan, Kent sebelum ini meminta hukuman mati tidak dilaksanak­an kerana sudah memaafkan anaknya, selain menganggap lebih perit jika seorang lagi anggota keluargany­a mati.

Susulan itu, semalam, Gabenor Texas, Greg Abbott membenarka­n hukuman itu dikurangka­n kepada penjara seumur hidup tanpa parol.

Menurut CNN, ia kali pertama Abbot memberi pengampuna­n terhadap pesalah yang bakal menerima hukuman mati, selain kali pertama seorang gabenor berbuat demikian sejak beberapa tahun.

Whitaker berkata, dia berterima kasih dengan keputusan berkenaan.

“Saya lega, bukan untuk diri sendiri tetapi ayah yang sudah terlalu banyak diduga.

“Saya menerima sebarang hukuman dikenakan kerana memang perbuatan saya patut mendapat balasan.

“Namun sistem keadilan hari ini terbukti memihak kepada ayah. Dia tidak berdosa dan tidak patut terus ‘dihukum’ kerana perbuatan saya,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n Whitaker (kanan) dan ayahnya. - AFP
GAMBAR fail menunjukka­n Whitaker (kanan) dan ayahnya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia