Harian Metro

Pelajar kendali kumpulan Whatsapp porno budak

-

New Delhi: Polis kelmarin menahan seorang pelajar atas tuduhan menjalanka­n rangkaian pornografi kanak-kanak antarabang­sa melalui aplikasi mesej WhatsApp membabitka­n 115 ahli dari sekurang-kurangnya 18 negara.

Detektif dari Biro Penyiasata­n Pusat (CBI) India menyerbu beberapa lokasi di seluruh negara dan menahan pengendali kumpulan WhatsApp berusia 20 tahun di bandar Kannuaj, negeri Uttar Pradesh.

Kumpulan yang dikendalik­an oleh pelajar itu mempunyai ahli dari negara termasuk Amerika Syarikat, Mexico, Kenya, Pakistan, Afghanista­n, China dan New Zealand.

Polis kini memburu empat lagi suspek berhubung kes itu.

“Kami menahan pengendali kumpulan WhatsApp itu dan merampas perkakas komputer serta telefon bimbit digunakan untuk memuat naik dan menyimpan video serta gambar,” kata pegawai CBI.

Sumber bahan itu masih tidak diketahui tetapi ia mengandung­i babak seks keterlalua­n membabitka­n kanak-kanak, kata pegawai berkenaan tanpa menyatakan sama ada kandungan itu digunakan untuk tujuan komersial.

India mempunyai undang-undang ketat terhadap pornografi kanak-kanak, dengan pihak berkuasa cuba mengenakan tindakan keras terhadap pengeluar, pengedar dan pengguna sejak beberapa tahun lalu.

Tahun lalu polis menahan seorang warga Britain atas tuduhan menyerang kanak-kanak secara seksual di sebuah hospital untuk orang buta di New Delhi dengan mengambil dan berkongsi imej lucah. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia