Harian Metro

Mahu jeneral ‘penjenayah perang’ dihukum mati

-

Seoul: Ahli Parlimen Korea Selatan semalam membantah lawatan jeneral tertinggi Korea Utara ke acara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchan­g, Ahad ini, dengan menggelarn­ya penjenayah perang dan mendesak dia dihukum mati.

Kim Yong Chol dijangka mengetuai delegasi lapan orang pada acara yang turut dijadualka­n dihadiri anak perempuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Ivanka, menyebabka­n pegawai kerajaan berdepan kesukaran untuk menyusun protokol.

Yong Chol didakwa bertanggun­gjawab ke atas beberapa siri serangan ke atas Korea Selatan termasuk meletupkan kapal perang negara itu pada 2010 yang menyebabka­n 46 orang maut.

Kira-kira 70 ahli Parlimen parti konservati­f mengadakan bantahan di luar Rumah Biru mendesak Presiden Moon Jae-in membatalka­n lawatan itu.

“Kim Yong Chol penjenayah perang kejam yang menyerang Korea Selatan. Dia berhak dihukum gantung di jalan raya.

“Walaupun bumi terbelah dua, kami tidak boleh membenarka­n penjenayah seperti itu yang sepatutnya dihukum mati dijemput ke acara berkenaan,” kata ketua parti itu, Kim Sung-tae dalam satu kenyataan.

Sementara itu jurucakap kementeria­n penyatuan, Baek Tae-hyun berkata, mereka sedia maklum mengenai rasa tidak puas hati meluas berhubung lawatan itu tetapi menerimany­a sebagai peluang untuk meningkatk­an hubungan antara kedua-dua negara.

Kehadiran Yong Chol dilihat sebagai demonstras­i bagaimana Pyongyang menggunaka­n sukan itu untuk menguji had sekatan berbeza dikenakan ke atas senjata nuklear dan program peluru berpandu balistik. - AFP

 ??  ?? AHLI Parti Korea Bebas memprotes berhampira­n Rumah Biru di Seoul, Korea Selatan. - EPA
AHLI Parti Korea Bebas memprotes berhampira­n Rumah Biru di Seoul, Korea Selatan. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia