Harian Metro

GELOMBANG BARU

- Agensi

 Serangan bom hari keenam di Ghouta Timur

bawa jumlah kematian lebih 400 orang

Tentera Syria dan sekutunya melancarka­n gelombang baru serangan bom di Ghouta Timur untuk hari keenam berturut-turut yang meragut sembilan nyawa termasuk kanak-kanak seterusnya membawa jumlah kematian sejak Ahad lalu kepada 426 orang, menjelang undian Majlis Keselamata­n untuk mendesak gencatan senjata 30 hari di negara itu.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) rami Abdel Rahman memberitah­u AFP: “Serangan udara dan tembakan diteruskan di beberapa bandar di Ghouta Timur.”

Menurutnya, lima mangsa maut dalam serangan udara di Douma - bandar utama di situ - dengan dua daripadany­a kanak-kanak.

Reuters melaporkan, pesawat pejuang membedil lebih 12 hospital seterusnya menyukarka­n usaha merawat mangsa cedera.

Reuters memetik saksi di Douma berkata, serangan awal pagi itu dianggap yang terburuk setakat ini.

Seorang lagi penduduk di Hamouriyeh berkata: “Serangan berterusan seperti hari sebelumnya. Sebaik serangan dihentikan seketika, kenderaan pertahanan awam dikerahkan ke kawasan tertentu bagi mengalihka­n puing dari jalan. Pengeboman di Ghouta sejak Ahad lalu itu antara yang paling sengit sepanjang peperangan yang kini masuk tahun kelapan.

Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi resolusi draf mendesak gencatan senjata 30 hari di Syria bagi membolehka­n penghantar­an bantuan kemanusiaa­n serta pemindahan pesakit.

Langkah itu dicadangka­n Sweden serta Kuwait pada 9 Februari lalu, tetapi berdepan halangan Russia, sekutu terkuat Syria. Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis turut menggesa undian segera diadakan.

Jabatan Negara AS berkata, Russia bertanggun­gjawab atas apa yang berlaku di situ kerana menyokong Syria.

“Kematian dan kemusnahan tidak akan berlaku jika tidak kerana sokongan Russia,” kata jurucakapn­ya Heather Nauert.

Jika berjaya, resolusi draf itu dijangka membuka ruang untuk gencatan senjata dilaksanak­an dalam tempoh 72 jam bagi membolehka­n bantuan kemanusiaa­n serta pemindahan pesakit dimulakan 48 jam kemudian.

Antara lain ia menggesa semua pengepunga­n termasuk di Ghouta Timur, Yarmouk, Foua dan Kefraya dihentikan selain mengarahka­n ‘semua pihak berhenti menghalang orang awam menerima makanan dan perubatan yang diperlukan untuk kelangsung­an hidup mereka.’

 ??  ?? KUCING baka British short hair dengan wajahnya ‘terbelah’ dua ini ditemui di Perancis, keadaan dipercayai akibat gabungan dua embrio di dalam rahim, selepas dua sel berasingan itu mula berkembang awal. Keadaan itu juga boleh berlaku pada manusia tetapi...
KUCING baka British short hair dengan wajahnya ‘terbelah’ dua ini ditemui di Perancis, keadaan dipercayai akibat gabungan dua embrio di dalam rahim, selepas dua sel berasingan itu mula berkembang awal. Keadaan itu juga boleh berlaku pada manusia tetapi...
 ??  ?? SUKARELAWA­N dan orang awam mencari mangsa terselamat dalam runtuhan bangunan di Douma, Ghouta Timur. - EPA
SUKARELAWA­N dan orang awam mencari mangsa terselamat dalam runtuhan bangunan di Douma, Ghouta Timur. - EPA
 ??  ?? PESAWAT yang ditinggalk­an di tengah padang di Bali menjadi misteri apabila tidak diketahui bagaimana boleh berada di situ. Pesawat yang tiada lambang atau tanda pengenalan itu kini menjadi tarikan pelancong dengan segelintir membuat spekulasi ia projek...
PESAWAT yang ditinggalk­an di tengah padang di Bali menjadi misteri apabila tidak diketahui bagaimana boleh berada di situ. Pesawat yang tiada lambang atau tanda pengenalan itu kini menjadi tarikan pelancong dengan segelintir membuat spekulasi ia projek...
 ??  ?? SEORANG kanak-kanak menangis ketika kakitangan perubatan merawat seorang bayi yang cedera di klinik lapangan di Douma, Ghouta Timur. - AFP
SEORANG kanak-kanak menangis ketika kakitangan perubatan merawat seorang bayi yang cedera di klinik lapangan di Douma, Ghouta Timur. - AFP
 ??  ?? SEORANG peniaga terlelap ketika menunggu pelanggan di pasar di Gangneung, Korea Selatan. - Reuters
SEORANG peniaga terlelap ketika menunggu pelanggan di pasar di Gangneung, Korea Selatan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia