Harian Metro

DIPLOMA ATAU ASASI

-

 SEGi tawar dua kursus sebagai langkah permulaan untuk lepasan SPM

memilih program asasi sebagai langkah permulaan.

Program pengajian asasi dan diploma adalah kursus khas untuk pelajar lepasan SPM atau kelayakan setaraf.

Universiti dan Kolej SEGi (SEGi) misalnya, menyediaka­n panduan bagi membantu pelajar memilih sama ada mendaftark­an diri dalam pengajian asasi mahupun diploma.

Sebagai permulaan, mereka harus memahami perbezaan dan kelebihan antara pengajian asasi dan diploma.

Diploma adalah sijil akademik yang dikeluarka­n oleh institut pendidikan tertentu selepas graduan menamatkan pengajian dalam kursus pilihan tersendiri.

Ia mengambil masa antara 24 hingga 36 bulan terpulang pada program pengajian diambil.

Universiti dan Kolej SEGi menawarkan pelbagai program diploma meliputi perakaunan dan perniagaan, pengajian komunikasi, kreatif seni dan reka bentuk, penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak, kejurutera­an, hospitalit­i, pelanconga­n dan teknologi maklumat.

Setiap program mempunyai modul penilaian berbeza dan ada pelajar diwajibkan memilih pengkhusus­an tertentu.

Sepanjang pengajian juga, pelajar dikehendak­i menyiapkan kerja kursus dan menduduki peperiksaa­n sebelum menjalani latihan praktikal.

Selepas tamat pengajian, graduan mempunyai pilihan sama ada meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda atau bekerja dan menimba pengalaman sebelum meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

Pemegang diploma juga boleh bekerja sambil belajar dengan mendaftark­an diri dalam program sarjana muda separuh masa.

Syarat kemasukan bagi program diploma adalah sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf kerajaan.

Bagi mereka yang kurang berkemampu­an, boleh memohon pinjaman pendidikan dengan Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengajian asasi pula adalah program dirangka khas untuk memudahkan lepasan sekolah melangkau daripada pendidikan menengah ke pengajian tinggi sebelum mengambil sarjana muda.

Program ini melengkapk­an pelajar dengan kemahiran dan pengetahua­n untuk melanjutka­n pelajaran ke universiti tempatan mahupun antarabang­sa.

Antara program asasi ditawarkan di SEGi adalah Pengajian Asasi Teknologi Maklumat, Sains, Perdaganga­n dan Seni.

Calon lepasan SPM hanya perlu melalui pengajian selama tiga semester dalam setahun dan sepanjang pembelajar­an, pelajar didedahkan pelbagai subjek tanpa perlu memilih sebarang pengkhusus­an.

Mata pelajaran elektif dalam modul pengajaran membolehka­n pelajar memahami minat sendiri dalam bidang tertentu sebelum memilih pengkhusus­an di peringkat ijazah sarjana muda.

Sementara itu, pada Disember lalu, SEGi meraih penarafan enam bintang (terbilang) yang terbanyak dalam Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2016/2017.

Kampus SEGi di Subang Jaya, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak pula dianugerah­kan penarafan tertinggi dalam sistem berkenaan manakala kampus Kuala Lumpur mendapat Anugerah Lima Bintang (Cemerlang).

Untuk maklumat lanjut, hubungi Universiti SEGi (03-61451777 atau 011-12106389), Kolej SEGi Subang Jaya (03-86001777 atau 016-2129154), Kolej SEGi Kuala Lumpur (03-20702078 atau 018-2118653), Kolej SEGi Pulau Pinang (04-2633888 atau 013-6294880), Kolej SEGi Sarawak (082-252566 atau 017-8592566), atau layari www.segi.edu.my.

Pelajar lepasan SPM dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) digalakkan membawa sijil dan transkrip bagi membolehka­n kaunselor memberi panduan dan nasihat ketika proses pendaftara­n.

 ??  ??
 ??  ?? UNIVERSITI dan Kolej SEGi menawarkan pelbagai program asasi dan diploma yang dirangka khas bagi pelajar melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.
UNIVERSITI dan Kolej SEGi menawarkan pelbagai program asasi dan diploma yang dirangka khas bagi pelajar melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia