Harian Metro

‘Saya lebih rela BWF jatuh hukuman berat’

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Legenda Denmark, Morten Frost Hansen mungkin sudah tiada kepentinga­n lagi dengan badminton Malaysia tetapi bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu menegaskan beliau tidak akan berkomprom­i dengan kegiatan mengatur perlawanan.

Ketika dihubungi di Denmark bagi mengulas mengenai siasatan yang dijalankan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) ke atas dua pemain profesiona­l negara yang disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan, bekas pemain dan jurulatih itu berkata: “Dua perkataan - memalukan dan menyedihka­n.

“Sebagai pemain saya ada mendengar mengenai perkara ini tetapi tidak pernah ditawarkan. Ia kegiatan yang menjadi tular disebabkan kewujudan syarikat pertaruhan yang semakin banyak di peringkat global,” kata Frost.

Minggu lalu, dalam satu laporan eksklusif Sukan NSTP mendedahka­n seorang pemain profesiona­l Malaysia sedang disiasat BWF atas dakwaan mengatur perlawanan.

BAM kemudian mengesahka­n bukan seorang tetapi dua pemain di luar badan induk itu digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan oleh BWF.

Kedua-dua pemain terbabit akan menghadiri sesi pendengara­n yang akan dijalankan BWF di Singapura, Isnin dan Selasa ini.

Ditanya apakah keputusan yang diharapkan­nya daripada sesi pendengara­n itu, Frost berkata: “Hukuman yang paling berat (gantung seumur hidup). Saya lebih rela BWF menjatuhka­n hukuman yang berat untuk kes pertama berbanding mereka mahu memberi peluang kedua kepada pemain terbabit.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia