Harian Metro

PESCAO TERUJA CABAR ROSSI

- Fadhli Ishak & Sukhairi Thani sukanteam@nstp.com.my Razif Rosli sukanteam@nstp.com.my

 Hafizh capai hasrat berentap dengan idola di GP Qatar

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah teruja untuk berlumba bersama idolanya, Valentino Rossi apabila saingan perlumbaan MotoGP membuka tirai di Grand Prix Qatar, 18 Mac ini.

Hafizh yang menjadi pelumba pertama dari Asia Tenggara bersaing dalam saingan MotoGP berkata, dia hampir putus harapan untuk berlumba dengan Rossi dalam kategori perdana sebelum menandatan­gani kontrak bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3, Rabu lalu.

“Saya sentiasa percaya semua Kuala Kangsar: Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) membuka tirai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK Premier 7s) 2018 dengan bergaya apabila membelasah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi dari Perlis 24-0, semalam.

Pasukan tuan rumah memperoleh empat try masing-masing disempurna­kan Muhammad Syazani Suhaimi, Ferhan Aqil Feisal Edzman dan dua daripada Muhd Harith Shah Kaharuddin, selain mendapat dua conversion.

Kemenangan mudah itu memberikan MCKK mengutip tiga mata dan juara 2013 itu akan melengkapk­an saingan Kumpulan C dengan menentang Australian Internatio­nal School (AIS) dan pendatang baharu kejohanan, Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar, hari ni.

Jurulatih MCKK, Mohd Romli Saad mengakui anak buahnya bergelut untuk menyesuaik­an corak permainan daripada 15 sebelah kepada tujuh sebelah, namun akhirnya berjaya meraih tiga mata berharga.

“Permainan tujuh sebelah ini jangan ada berlaku kesilapan kerja keras dan pengorbana­n yang saya lakukan akan membolehka­n saya beraksi dalam saingan MotoGP. Saya cuma tidak pasti bilakah masanya.

“Saya juga ada terfikir mungkin tidak berpeluang berlumba dengan Rossi kerana usianya yang semakin meningkat dan dia mungkin bersara sebelum saya mendapat peluang itu.

“Saya sendiri terkejut kerana dapat peluang beraksi dalam MotoGP tahun ini dan tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran saya sehingga ia menjadi kenyataan.

“Sudah pasti saya teruja berlumba dengan Rossi yang juga legenda sejati dalam sukan ini. Ia juga memberikan motivasi tambahan untuk saya melakukan yang terbaik,” kata pelumba berusia 23 tahun itu.

Rossi yang berlumba untuk pasukan Yamaha dan menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 bulan ini adalah juara dunia sembilan kali dengan tujuh gelaran hadir menerusi saingan kelas perdana.

Hafiz mengakui dia secara diam-diam memasang impian untuk beraksi bersama pasukan idolanya itu jika mendapat peluang berlumba dalam saingan MotoGP.

Tech 3 adalah pasukan satelit untuk Yamaha.

“Awal tahun ini saya menjalani latihan dalam hutan di Sepanyol bersama Adam Norrodin dan jurulatih kecergasan kami. Adam bertanyaka­n kepada saya, jika saya beraksi cemerlang dalam Moto2 tahun ini dan diberi peluang beraksi dalam MotoGP, pasukan mana yang saya mahu wakili?

“Tanpa ragu-ragu, saya beritahu kepada Adam, saya mahu menyertai Yamaha kerana jentera mereka lebih mudah untuk ditunggang. Saya tidak percaya ia menjadi kenyataan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN MCKK, Danish Hazmi (tengah) berebut bola dengan pemain SMK Abi, semalam.
PEMAIN MCKK, Danish Hazmi (tengah) berebut bola dengan pemain SMK Abi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia