Harian Metro

Politeknik-KPT mahu lunas dendam

- Saiful Affendy Sapran sukanteam@nstp.com.my

Lumpur: Politeknik-KPT bertekad menewaskan UiTM-KPT pada aksi final Piala Presiden hari ini sekali gus memenuhi misi membalas dendam ke atas lawan mereka itu.

Kedua-dua pasukan bertemu pada aksi final bagi menentukan juara Liga Divisyen Satu sebelum ini dengan UiTM muncul pemenang selepas menewaskan Politeknik 3-1.

Justeru, pengurus pasukan Khairul Nazry Talib tidak mahu barisan pemainnya berdepan kekecewaan sekali lagi pada pentas final Piala Presiden hari ini.

“Harap kali ini kami dapat membalas dendam kekalahan kepada UiTM pada aksi final liga.

“Tahun ini adalah pencapaian terbaik kami dengan mara ke final liga dan Piala Presiden. Kami sudah tewas kepada UiTM pada aksi final sebelum ini dan tidak mahu perkara sama berulang lagi.

“Kami perlu pastikan dapat mencatatka­n kemenangan menerusi peluang kedua ini,” katanya.

Meskipun dibarisi lima pemain import dari Korea Selatan, Khairul menolak tanggapan Politeknik adalah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan hari ini berbanding UiTM yang menggunaka­n sepenuhnya tenaga tempatan.

“Memang kami mempunyai pemain import tetapi tidak semuanya bagus ketika beraksi. Dua daripada pemain import gagal menepati apa yang kami harapkan.

“Sebaliknya, saya lihat UiTM sangat ampuh baik di barisan pertahanan, tengah dan serangan.

“Mereka juga diperkuatk­an dengan pemain yang pernah mewakili skuad remaja negara,” katanya.

 ??  ?? SKUAD Politeknik-KPT tekad hampakan UiTM-KPT.
SKUAD Politeknik-KPT tekad hampakan UiTM-KPT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia