Harian Metro

ADA BAJET, JALAN...

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

 Steffi gemar melancong bagi cari ketenangan sebelum kembali galas tugas atlet futsal negara

Kata orang semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandanga­n. Itu mungkin paling tepat menggambar­kan mengenai atlet futsal negara, Steffi Sarge Kaur yang cukup gemar melakukan aktiviti melancong bagi mengisi masa lapang.

Tidak terlalu berkira dengan lokasi yang ingin dilihat di depan mata sendiri, bagi Steffi asalkan ia menarik dan memenuhi bajet yang ada di dalam poketnya, pasti dia akan melancong ke lokasi itu.

“Tidak semestinya kalau bercerita mengenai aktiviti melancong, tumpuan akan lebih terarah kepada melancong ke luar negara.

“Sebaliknya banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di negara ini. Bagi saya, selagi ia menarik minat, saya akan pergi ke tempat itu.

“Biasanya saya gemar aktiviti lasak, tempat yang menawarkan makanan menarik serta membeli belah.

“Kalau bab makanan menarik, sudah pasti antara tempat yang paling seronok adalah di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh,” katanya.

Bagaimanap­un, Steffi pernah juga berkesempa­tan melancong ke luar negara sekiranya mempunyai kelapangan.

“Setakat ini saya pernah melancong sekitar negara Asia Tenggara saja seperti di Bangkok, Thailand, Bali, Bandung dan Jakarta di Indonesia.

“Tempat-tempat ini mempunyai keistimewa­an tersendiri. Contohnya, Bandung adalah syurga untuk beli belah manakala Bali lebih kepada mencari ketenangan di tepi pantai.

“Kebiasaann­ya saya akan ambil masa selama empat hari untuk aktiviti melancong di luar negara. Paling seronok apabila dapat pergi bersama rakan-rakan rapat,” katanya.

Bercerita mengenai impiannya pula, Steffi mengakui sangat teruja untuk melancong sekitar Eropah terutamany­a ke Amsterdam, Belanda.

“Setiap negara mempunyai keunikan tersendiri. Perkara seperti inilah yang ingin saya tahu dengan lebih mendalam.

“Pastinya soal bajet dan masa akan menjadi keutamaan sebelum melancong,” katanya.

Bagi Steffi, dengan melakukan aktiviti sedemikian, ia sedikit sebanyak dapat melupakan ‘tugas’ hakikinya sebagai atlet futsal negara.

“Memang ketenangan adalah perkara yang ingin dicari apabila bercuti dan ia memberikan motivasi kepada saya semula apabila kembali menggalas tugas sebagai atlet negara,” katanya.

 ??  ?? STEFFI ketika melancong
Indonesia. ke
STEFFI (kiri) meraikan jaringan ketika mewakili negara di KL2017.
STEFFI ketika melancong Indonesia. ke STEFFI (kiri) meraikan jaringan ketika mewakili negara di KL2017.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia