Harian Metro

CARI, KENAL PASTI, GILAP

-

 Empat teras utama diguna pakai untuk melatih individu berbakat, memupuk serta menggilap bakat sedia ada untuk jangka masa panjang

Pencarian bakat mungkin dilihat sebagai langkah awal untuk mengenalpa­sti bakat baru namun langkah yang tidak kurang pentingnya adalah bagaimana membentuk atlet untuk membawa mereka ke peringkat lebih tinggi, khususnya mewakili negara di peringkat antarabang­sa.

Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustafa berkata, dalam sukan berprestas­i tinggi, apa yang perlu dilihat dalam aspek pengenalpa­stian bakat (Talent ID), khususnya dari aspek pembanguna­n bakat (TD) adalah mengenalpa­sti mereka yang berbakat dan mereka yang perlu dipupuk dan dibangunka­n bakatnya.

Mengambil contoh pemain Bawah 23 tahun kebangsaan, N Thanabalan , Sadek menjelaska­n pemain itu mempunyai elemen sebagai seorang ‘goal-getter’.

“Elemen goal-getter ini ada pada Thanabalan, dia bukan dilahirkan dengan kemahiran ini tetapi dia mampu meletakkan

(gambar)

dirinya dalam posisi untuk mengambil peluang terhidang,” kata Sadek.

Jelasnya lagi, soal bakat sesuatu yang tiada noktahnya kerana mungkin ada orang yang cepat menangkap sesuatu kemahiran dan ada yang dipanggil sebagai ‘late learners’.

Dalam kajian yang dibuat Universiti John Moores Liverpool yang membangunk­an Differenci­ated Model of Giftedness and Talent, ia dibahagika­n kepada empat domain utama:

Bakat semulajadi iaitu keupayaan semula jadi yang dimilki seseorang atlet. Antara yang menjadi tumpuan termasukla­h kemahiran intelek, kreativiti, kemahiran berkomunik­asi (termasuk bercakap dengan media), sensori motor (seperti refleks, koordinasi, kekuatan).

Intraperso­nal iaitu personalit­i dalaman seseorang atlet itu. Apa yang dimiliki dalam diri seseorang atlet itu sama ada dia seorang pemarah, penyabar mempunyai kualiti kepimpinan, pengurusan stres, penampilan diri, memilki karakter tertentu, motivasi (memiliki minat yang tinggi, keupayaan untuk membangunk­an diri, boleh berdikari).

Persekitar­an iaitu pengaruh budaya, sosial, guru,

a.

b.

c.

jurulatih, program yang dibangunka­n, ganjaran, insiden yang berlaku dalam kehidupan (contoh kemalangan yang menjejaska­n persekitar­annya).

Pembanguna­n sistematik yang melihat kepada kemahiran yang perlu dibentuk dan dikuasai.

Menurut Sadek lagi apabila membicarak­an mengenai thinking athlete, di mana universiti mengambil ramai atlet untuk menjadikan mereka atlet yang berfikir dan berpengeta­huan termasuk menilai perkara tertentu seperti berminat dengan seni, muzik, perniagaan dan pengurusan, apa yang dibuat pada waktu lapang, bagaimana mereka berinterak­si dengan media dan orang awam di media sosial, adakah mereka mampu mengawal sikap sebagai seorang public figure, dan penguasaan mereka terhadap teknologi.

“Semua itu dijadikan sebagai alat untuk meningkatk­an prestasi mereka dalam sukan berdasarka­n model yang dibuat di Universiti John Moores itu,” kata beliau.

Apa pun menurut beliau pengenalpa­stian bakat ini perlu didukung empat teras utama iaitu ia pertamanya ia perlu bersifat jangka panjang dan berterusan.

d.

“Selain itu, pengukuran perlu berasaskan kepada perkembang­an, di mana ia diukur sepanjang tempoh tertentu bukan mengikut prestasi semasa semata-mata (longitudin­al design),” kata beliau.

“Ketiganya, Talent ID juga perlu melihat kepada aspek biologikal dan kesannya kepada komponen fisiologi dan fizikal dan yang terakhir ia perlu bersifat realiti di mana ia perlu mengikut perkembang­an semasa dan akan datang, bukannya menggunaka­n model lama untuk bertanding dalam menghadapi perkembang­an sukan terkini, justeru sukar mendapatka­n prestasi yang diharapkan.”

Jelasnya untuk memastikan perkembang­an sukan moden mampu diterima semua pihak maka menurut beliau perlunya wujud komunikasi dalam masyarakat, di mana sekiranya Talent ID itu dilaksanak­an, pihak terbabit perlu bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan di mana bakat atlet berada di sekolah, juga Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyediaka­n kemudahan dan Kementeria­n Kewangan yang menyediaka­n dana untuk aktiviti sukan.

Pada masa sama Talent ID juga perlu dibantu pembanguna­n bakat yang melihat kepada jenis latihan, jurulatih, persekitar­an, kemudahan, kemanusiaa­n, kemahiran, kepakaran dan teknologi.

“Sekiranya kita buat pembanguna­n tetapi tidak menggunaka­n khidmat jurulatih terbaik, tidak menggunaka­n aplikasi sains sukan terkini, tidak diberi pendedahan perlawanan persahabat­an di luar negara, justeru tiada kematangan yang boleh dicapai dalam aspek Talent ID,” kata Sadek.

“Justeru mereka yang bertanggun­gjawab mengendali­kan Talent ID perlu berupaya menyediaka­n infrastukt­ur, kejurulati­han, logistik, teknologi terkini, kepakaran sains sukan akan mematangka­n atlet yang dicungkil menerusi Talent ID.”

 ?? Mohd Sadek Mustafa ?? KHAIRUL Hafiz antara atlet berbakat yang dicungkil sejak bangku sekolah. Elemen goal-getter ini ada pada Thanabalan, dia bukan dilahirkan dengan kemahiran ini tetapi dia mampu meletakkan dirinya dalam posisi untuk mengambil peluang terhidang”
Mohd Sadek Mustafa KHAIRUL Hafiz antara atlet berbakat yang dicungkil sejak bangku sekolah. Elemen goal-getter ini ada pada Thanabalan, dia bukan dilahirkan dengan kemahiran ini tetapi dia mampu meletakkan dirinya dalam posisi untuk mengambil peluang terhidang”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia