Harian Metro

Mourinho nafi ‘langgar’ tradisi United

-

London: Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho meninggalk­an Sepanyol tanpa bolos tetapi ia tetap dikritik susulan keputusan seri 0-0 dicatatkan ketika pertemuan dengan Sevilla bagi aksi Liga Juara-Juara, kelmarin.

Tampil dengan corak permainan bertahan, keputusan boleh menjadi lebih buruk buat Mourinho yang diselamatk­an oleh prestasi cemerlang penjaga gol, David de Gea.

Penjaga gol Sepanyol itu menyelamat­kan lapan cubaan, termasuk satu cubaan mengagumka­n daripada tandukan Luis Muriel sebelum rehat babak pertama hinggakan penyerang Colombia itu mengucapka­n tahniah secara peribadi kepadanya.

Begitupun, keputusan itu tidak menyelamat­kan pengendali dari Portugal itu daripada kritikan terutama selepas dia meninggalk­an Paul Pogba di bangku simpanan dan membariska­n tiga pemain tengah bertahan iaitu

Nemanja Matic, Ander

Herrera dan pemain berusia 21 tahun, Scott McTominay.

Kecederaan Herrera memaksa Mourinho memasukkan Pogba pada minit ke-17 tetapi kehadiran pemain Perancis itu tetap gagal mencetus inspirasi buat United.

Pasukan yang turut membariska­n antara penyerang berbakat termasuk Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku hanya berjaya melakukan satu cubaan tepat ke gawang sepanjang perlawanan di Stadium Sanchez Pizjuan.

Ketika ditanya sama ada dia mengkhiana­ti tradisi United yang menggunaka­n corak serangan, terutama ketika di bawah kendalian Alex Ferguson, Mourinho membalasny­a dengan nada berang.

“Selepas ini apabila saya berjumpa David Beckham, saya akan bertanya kepadanya ‘David, apabila kamu bermain di bahagian sayap kanan di United, apabila pertahanan kiri diserang, adakah kamu kekal berdiri untuk melihat atau kamu ke belakang bersama mereka?” kata Mourinho.

“Kini nampaknya semua pemain yang bagus, mereka perlu bermain secara bebas... iaitu sesuatu yang saya fikir bodoh untuk diucap.

“Pasukan-pasukan yang menang, pasukan terbaik di dunia ketika ini, bukan 10 tahun lalu, atau 20, 30 tahun lalu, pasukan teratas, semua orang bekerja keras, semua orang mempunyai disiplin taktikal.”

Mourinho juga berang apabila fokus soalan terarah kepada ketiadaan Pogba daripada kesebelasa­n utama.

“Ketika temuramah sebelum perlawanan, saya mendapat empat soalan dan tiga daripadany­a mengenai Paul, dan Paul tidak bermain. Ia adalah sedikit aneh,” kata Mourinho yang turut memeluk wartawan televisyen yang bertanyaka­n soalan mengenai McTominay. - AFP

 ?? Jose Mourinho ?? POGBA gagal beri impak positif ketika berdepan Sevilla.
Jose Mourinho POGBA gagal beri impak positif ketika berdepan Sevilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia