Harian Metro

Dua gol tak cukup bantu Napoli

-

Bern, Switzerlan­d: Pendahulu Serie A, Napoli hampir mencipta kebangkita­n dramatik dalam Liga Europa apabila menang 2-0 di RB Leipzig, namun tersingkir berdasarka­n jaringan tempat lawan pada saingan peringkat 32 pasukan terakhir, semalam.

Kelab Itali itu tewas 1-3 di laman sendiri minggu lalu pada pertemuan pertama dengan persembaha­n yang memalukan jurulatih Maurizio Sarri, walaupun dia menekankan menang Serie A menjadi keutamaan.

Mereka mengembali­kan sedikit rasa hormat pada perlawanan kedua ketika Piotr Zielinski menjaringk­an gol pada minit ke-33 dan Lorenzo Insigne menyudahka­n hantaran lintang Jose Callejon berbaki lima minit permainan.

Ia mencetuska­n aksi hebat dan Callejon mampu memberikan kemenangan pada masa tambahan tetapi sepakannya sedikit keluar.

Penyerang Lazio, Ciro Immobile menjaringk­an hatrik untuk membantu pasukannya menang 5-1 mengatasi FCSB yang sebelumnya dikenali sebagai Bucharest, selepas tewas 0-1 pada perlawanan pertama.

Dalam pada itu, kelab Russia, Lokomotiv Moscow dan Zenit St Petersburg masing-masing menang di laman sendiri dalam cuaca buruk untuk terus mara.

Jaringan Igor Denisov pada babak pertama memberikan Lokomotiv kemenangan 1-0 mengatasi Nice, melengkapk­an kemenangan 4-2 secara agregat manakala Zenit menewaskan Celtic 3-0 untuk menang 3-1 menerusi jaringan Branislav Ivanovic, Daler Kuzyaev dan Aleksandr Kokorin. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia