Harian Metro

NYARIS AIB

- AFP

 Arsenal tewas namun mara kelompok 16 pasukan terakhir

Arsenal mara ke kelompok 16 pasukan terakhir saingan Liga Europa walaupun tewas 2-1 pada perlawanan kedua menentang Ostersunds di London, semalam.

Dua jaringan pantas kelab kerdil Sweden itu diharap dapat mencipta kebangkita­n sensasi di Emirates, namun jaringan

Sead Kolasinac sejurus selepas bermula babak kedua menyaksika­n Arsenal me- nang dengan agregat

4-2.

Gergasi utara London itu mara ke undian 16 terakhir hari ini, namun Ostersunds akan menerima pujian kerana persembaha­n berani dan berkualiti mereka.

“Pada kedudukan 2-0 kami rasa ada peluang. Kami bermain baik, menang perlawanan itu, namun ia sedikit kurang keajaiban,” kata jurulatih Ostersunds, Graham Potter kepada BT Sport.

Selepas mencipta kemenangan 3-0 pada perlawa- nan pertama minggu lalu, pengurus pasukan, Arsene Wenger tampak selesa dan terperangk­ap dengan persembaha­n pelawat di Emirates.

Pemain tengah, Hosam Aiesh menjaringk­an gol pada minit ke-22 apabila mengejar hantaran Saman Ghoddos sebelum meledak ke penjuru yang sedikit terkena Calum Chambers.

Pertahanan tengah Arsenal sekali lagi terperangk­ap 69 saat kemudian ketika penyokong tuan rumah tergamam apabila pemain sayap Ken Sema mengeliruk­an Chambers dan meledak mengatasi penjaga gol Gunners, David Ospina. Pasukan Liga Perdana Inggeris itu menamatkan aksi babak pertama dengan kelebihan 3-2 secara agregat tetapi diejek oleh penyokong mereka sendiri.

“Kami langsung tidak berupaya melawan dan ia belum cukup bagus,” kata pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere.

“Kami sudah melepasiny­a dan hanya itu dikira. Kami akan lihat siapa yang akan kami lawan esok (hari ini) dan kembali fokus bagi pertembung­an besar Ahad ini.”

 ??  ?? Kolasinac (kanan) dihalang pemain Ostersunds, Sotirios Papagianno­poulos di Emirates, semalam.
Kolasinac (kanan) dihalang pemain Ostersunds, Sotirios Papagianno­poulos di Emirates, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia