Harian Metro

‘Barisan pemain ini mampu julang Piala Dunia’

-

sebuah pasukan Bawah 21 Tahun diberi peluang beraksi di Piala Dunia, adakah pasukan ini akan berjaya menjadi juara dunia? Jika diberi peluang untuk memilih siapa sahaja dalam kalangan pemain Bawah 21 tahun dari seluruh dunia, adakah bintang bola sepak muda ini boleh menggegark­an dunia bola sepak?

Penjaga gol dari Itali, Gianluigi Donnarumma yang menjadi pilihan utama AC Milan pasti mempamerka­n prestasi terbaik berbanding beberapa penjaga gol yang bakal hadir di Russia 2018. Dia seakan dilahirkan dengan sarung tangan dan sudah mencipta nama di Serie A walaupun baru berusia lapan belas tahun. Kebolehann­ya sudah terserlah sejak dua tahun lalu dan hanya kegagalan Itali layak ke Russia menjadi penghalang pembanguna­n kariernya.

Beraksi dengan tiga pemain pertahanan tengah, maka Thilo Kehrer dari Jerman sudah pasti kekal di bahagian kiri. Pemain Schalke 04 ini mempunyai ketenangan serta kebolehan mematahkan serangan dan juga selesa membantu serangan kerana mempunyai minda yang matang.

Pemain pertahanan muda Peranchis, Dayot Upamecano pula sudah membuktika­n kebolehan menguasai bahagian pertahanan tengah di Bundesliga dengan RB Leyang ipzig dan mengendali­kan pertahanan seorang diri dan jelas dia sudah mencapai tahap antarabang­sa.

Begitu juga Panagiotis Retsos yang menunjukka­n kematangan tinggi berbanding umurnya. Pemain berusia 19 tahun ini mampu beraksi di beberapa posisi pertahanan dan ini merupakan kekuatan keseluruha­nnya.

Bagaimana pula pemain tengah sayap kanan yang boleh melakukan serangan serta boleh membantu pertahanan? Christian Pulisic

mewakili pasukan Borussia Dortmund serta Amerika Syarikat mampu menggalas tugas ini. Pemain ini lebih digunakan sebagai pemain penyerang sayap, tetapi jelas dia mempunyai disiplin untuk memikul tanggungja­wab yang lebih.

Dia mempunyai tenaga serta kecergasan untuk meningkatk­an lagi kebolehan supaya dapat mencapai tahap dunia sedikit masa lagi.

Pemain tengah sayap kiri pula menjadi milik pemain muda Borussia Dortmund dari England, Jadon Sancho yang kini bersaing merebut tempat dalam kesebelasa­n utama. Kemampuann­ya menjadi perhatian di Bundesliga dan prestasiny­a tidak menghampak­an.

Pemain tengah perancang utama menjadi milik Kai Havertz yang sudah mengorak langkah menjadi playmaker tulen dan kini berkeboleh­an merancang rentak sesebuah pasukan. Kemahiran teknikal serta minda yang tajam menjadi kekuatan pemain ini sekali guas Bayer Leverkusen mendapat faedah.

Di sebelah Kai Havertz, pasukan memerlukan pemain berkeboleh­an tinggi mematahkan serangan lawan dan memberi platform kepada pemain penyerang beraksi dan pemain dari Argentina yang mewakili VFB Stuttgart iaitu Santiago Ascacibar calon terbaik mengisi posisi ini. Pemain bertubuh kecil ini sudah mula menunjukka­n persembaha­n ala Marco Verrattid di PSG.

Pemilihan tiga pemain penyerang agak sukar kerana ramai pemain muda berbakat sudah muncul di kancah dunia. Tetapi, Ousmane Dembele paling layak beraksi di mana jua bahagian sayap. Pemain Barcelona ini sehebat Kylian Mbappe yang juga berasal dari Perancis.

Kedua-dua pemain ini bersama pemain muda Roma dari Turki, Cengiz Under mampu menjadi barisan serangan terbaik dunia. Under sudah mula menggegark­an Serie A dan kebolehann­ya tidak boleh dinafikan. Beraksi konsisten di salah sebuah liga terunggul di dunia bukan suatu kebetulan, tetapi kenyataan.

Kesebelasa­n yang dipilih ini boleh menggegark­an dunia bola sepak dengan memenangi Piala Dunia 2018. Tetapi, kesebelasa­n pelbagai bangsa ini hanyalah khayalan. Khayalan yang mengukir senyuman di bibir berbanding sebelas pemain naturalisa­si mewakili Malaysia di Piala AFF Suzuki 2018.

 ??  ?? DONNARUMMA
DONNARUMMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia