Harian Metro

TFC GARANG

- Mohd Helmi Irwady & Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

 Negeri Sembilan tewas kali ketiga, semalam

Terengganu membuktika­n kekuatan tersendiri apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Ini kekalahan ketiga Negeri Sembilan selepas tunduk kepada PKNP FC dan Melaka United (MU) dalam aksi sebelum ini.

Terengganu melakukan asakan ke kubu Negeri Sembilan sebaik permainan bermula menerusi gandingan barisan depan Lee Tuck, Nasrullah Hanif Johan dan Tchethe Hermann.

Persembaha­n Negeri Sembilan dilihat kurang berkesan apabila terpaksa tampil dengan hanya tiga pemain import membabitka­n Flavio Beck Junior, Renard Rode dan Kim Do Heon.

Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-5 menerusi N Thanabalan yang turun menggantik­an ayam tambatan pasukan itu, Nicolas Velez, namun sepakannya dari jarak kira-kira 30 meter sekadar melepasi palang.

Ketika anak buah Jorg Steinebrun­ner cuba menyusun rentak, gawang mereka dikejutkan dengan jaringan penyerang berpengala­man Terengganu, Mohd Ashaari Samsudin, pada minit ke-11.

Dia yang menerima hantaran Hermann dari tepi sebelah kiri mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Muhammad Ilham Abdullah, untuk meletakkan skuad Penyu di depan.

Jaringan itu membangkit­kan semangat anak buah Irfan Bakti Abu Salim untuk menambah gol namun rembatan Lee Tuck dari luar kotak penalti pada minit ke-29 dapat diselamatk­an Muhammad Ilham.

Lee Tuck terus menjadi ancaman buat kubu Negeri Sembilan apabila beberapa gerakan berbahayan­ya mencemaska­n pertahanan pasukan itu dan pada minit ke-36, Ashaari melakukan gerakan solo namun percubaan keduanya ke arah pintu gol tuan rumah sedikit tersasar.

Negeri Sembilan yang cuba menyusun rentak sebaik perlawanan bersambung berpeluang menyamakan kedudukan tetapi sepakan Do Heon dari dalam kotak penalti pada minit ke-50 tidak menjadi.

Bagaimanap­un, usaha mereka mendapatka­n gol akhirnya berhasil apabila Muhamad Fakrul Aiman sidid menanduk kencang bola hantaran lintang Do Heon pada minit ke-72, sekali gus menewaskan Mohd Sufian Rahman untuk terikat 1-1.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain gantian Junhyeab Lee memanfaatk­an kesilapan pertahanan Negeri Sembilan untuk meledak gol kemenangan Terengganu pada minit ke-83 yang juga gol kemenangan skuad Penyu.

 ?? FOTO: ADZLAN SIDEK ?? ASHAARI (dua dari kanan) buka tirai jaringan ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, semalam.
FOTO: ADZLAN SIDEK ASHAARI (dua dari kanan) buka tirai jaringan ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia