Harian Metro

Marcote idam 11 terbaik

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

ngannya sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya yang turut memaklumka­n Fajer sangat tegas dalam mengendali pasukan. Alor Setar: Pengendali Kedah, Ramon Marcote mengidamka­n kesebelasa­n terbaik bagi menghadapi taktikal Datuk K Rajagobal dalam aksi perlawanan Liga Super menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, esok.

Marcote berkata PKNS FC bukan calang-calang pasukan kerana pengendali­nya itu berpengala­man luas selepas membimbing lebih lapan pasukan termasuk skuad kebangsaan sebelum ini.

Menurutnya, Rajagobal pastinya mempunyai perancanga­n dan corak taktikal yang hebat, selain sudah sebati dengan corak hantaran pendek diamalkan skuad bimbingann­ya itu.

“Jadi, saya berharap dengan kembalinya beberapa pemain utama selepas pulih dari kecederaan seperti Alvaro Silva dan Liridon Krasniqi (penggantun­gan satu perlawanan), mampu memperkuat­kan pasukan.

“Setiap jurulatih pasti mahukan semua pemain terbaik turun beraksi membentuk formasi dan corak permainan yang diharapkan dalam pasukan. Itulah impian saya mahu melihat kesebelasa­n Kedah yang lengkap dan mampu mempamerka­n aksi terbaik untuk menghadapi pasukan hebat seperti PKNS FC nanti,” katanya.

Marcote berkata pada masa sama skuadnya harus bijak mencari peluang dan mengelak kesilapan mudah kerana PKNS FC yang kini berada di singgahsan­a liga pastinya mahu mengekalka­n rentak kemenangan dalam tiga perlawanan awal.

“Kita juga tetap waspada akan kelebihan mereka (PKNS FC) yang dibarisi pemain-pemain tempatan berkeboleh­an dan berpengala­man dalam liga seperti Safee Salee dan Mahali Jasuli.

“Yang jelas, pertembung­an dengan PKNS FC di depan penyokong mereka adalah ujian getir buat kita tetapi saya yakin kita boleh memberi cabaran kepada pasukan tuan rumah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia