Harian Metro

FOKUS TIGA MATA

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Pemain import Selangor, Evan Dimas mengakui dia tidak tertekan meskipun masih belum mencetak sebarang gol dalam tiga aksi Liga Super yang diharungi setakat ini.

Menurut bekas pemain tengah Bhayangkar­a FC itu, jumlah gol bukanlah menjadi kayu pengukur kepada kemampuan yang dimiliki, sebaliknya fokus utama bagi memastikan skuad The Red Giants dapat meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Berdasarka­n pandangan saya, kemenangan berpasukan lebih penting. Saya bermain bukan untuk mencetak gol semata-mata kerana saya bermain untuk kemenangan pasukan ini.

“Asalkan boleh memberi apa sahaja bentuk sumbangan ketika beraksi sama ada membuat hantaran gol ataupun membantu mencipta peluang, itu sudah memadai buat saya kerana apa yang lebih penting Selangor menang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pemain yang terkenal dengan julukan ‘Anak Ajaib’ itu berjaya mencipta satu hantaran gol untuk jaringan keempat skuad Merah Kuning yang disudahkan Syahmi Safari ketika membelasah Melaka United (MU) 4-1 pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras 7 Februari lalu.

Mengulas lanjut aksi bertemu Pahang malam ini, pemain berusia 22 tahun itu menggesa rakan sepasukann­ya supaya memanfaatk­an kelebihan beraksi di laman sendiri untuk bangkit selepas tumbang buat kali pertama musim ini di tangan Terengganu.

“Ini kali pertama saya akan menentang pasukan Pahang tetapi saya tahu mereka salah satu pasukan yang besar dalam saingan Liga Super. Namun, saya percaya kami mampu melakar keputusan yang positif malam ini.

“Selepas tewas di tangan Terengganu, saya melihat ini peluang terbaik untuk kami meraih tiga mata sekali gus kembali ke landasan yang tepat dan meneruskan permulaan yang baik seperti dalam dua aksi terdahulu,” katanya.

Sebagai rekod, anak buah P Maniam memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan apabila menewaskan seteru tetangga, Kuala Lumpur menerusi kemenangan 2-0 sebelum gah membenam MU 4-1 pada aksi kedua.

Namun, aksi pincang di laman lawan menyaksika­n mereka ditundukka­n anak buah Irfan Bakti Abu Salim dengan keputusan

4-1 dan dua kemenangan yang diperoleh membolehka­n mereka menghimpun enam mata sekali gus menghuni tangga ketiga Liga

Super.

Evan tak kisah belum cetak gol, tekad pacu Red Giants benam Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia