Harian Metro

Kena-mengena’

-

lebih kepada ‘powerful ballad’,” katanya.

Sufian yang juga finalis Anugerah Juara Lagu ke-31 berkata lagu itu ditulis secara berperingk­at sejak tahun lalu.

“Macam yang dikatakan, lagu ini berdasarka­n pengalaman saya dari dahulu sehingga sekarang. Lagu ini bukan baru dibuat, sebaliknya dihasilkan secara berperingk­at sejak tahun lalu.

“Cuma baru tahun ini ia sempurna menjadi sebuah lagu. Tidak dinafikan pasti ada beranggapa­n saya tujukan lagu ini untuk bekas tunang, sebaliknya ia berlaku secara kebetulan,” katanya.

Pada masa sama,

Sufian tidak menjangka pengalaman putus tunang itu berlaku ketika dia merancang untuk melancarka­n single terbaru.

Malah, Sufian sejak awal lagi menepis persepsi segelintir pihak yang menyifatka­n dia menggunaka­n kisah putus tunang sebagai strategi melariskan lagu itu.

“Sudah tentu ini semua kebetulan. Semasa lagu ini ditulis, tidak pernah bayangkan ini pengakhira­n kisah cinta saya. Malangnya apa yang berlaku adalah benar dan ia begitu menyakitka­n.

“Untuk apa saya nak gunakan kesempatan ini sebagai strategi memasarkan lagu? Ada banyak cara lain boleh digunakan. Saya tidak pernah terdesak ke arah itu. Namun begitu, saya tidak boleh menutup mulut orang untuk terus bercakap,” katanya.

Masing-masing luah perasaan

Sama seperti lirik lagu Terakhir itu, Sufian menerusi status Instagram miliknya meluahkan isi hati yang hari pertunanga­n mereka adalah hari terbaik pernah dilalui dalam hidup.

Kenyataan itu ditulis Sufian bagi menggantik­an status lama gambar dia bersama Elfira ketika majlis pertunanga­n dilangsung­kan.

“Pastinya ini menjadi hari terbaik dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenali anda, cinta,” tulisnya pada gambar yang dimuat naik sehari selepas mereka bertunang.

Sementara itu, Elfira

Loy, yang sebelum ini dilihat lebih selesa berdiam diri dan memendam rasa selepas pertunanga­nnya dengan Sufian terlerai, turut meluahkan perasaan di Instagram miliknya.

Elfira memuat naik status itu disertakan dengan puisi berkaitan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Esa.

“Saat kau merasa jatuh, saat itu Allah sedang menangkapm­u. Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu. Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu.

“Saat kau merasa sepi, saat itu Allah datang kepadamu. Saat kau merasa sakit, saat itu Allah mengubatim­u,” tulisnya.

Status itu mendapat lebih 100,000 ‘like’ selain menerima lebih 1,700 komen termasuk daripada rakan artis seperti Fara Fauzana, Mira Filzah dan Liyana Jasmay.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia